Semalam telah bermulalah pendaftaran pelajar baharu bagi program Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025 di Universiti Malaya (UM).
Sudah pasti perasaan pelajar campur-baur, lebih-lebih lagi pelajar yang pertama kali hidup di asrama.
Baca Juga:
- Susunan Konsisten, Pakar Grafik Dapati Pereka Poster Universiti Malaya Sangat Teliti
- Rekaan Poster Universiti Malaya Didakwa ‘Ciplak’ Universiti Indonesia?
- Budak Genius Cipta Sejarah Masuk Universiti Malaya Di Usia 12 tahun
Bagi menceriakan suasana, pihak UM telah berkongsi satu rekaan ucapan sambut pelajar baharu menerusi media sosial mereka.
“Selamat datang ke Universiti Malaya, pelajar baharu sesi 2024/2025! Tahniah atas kejayaan melangkah ke salah satu institusi terulung di Malaysia.
“Selamat menikmati kehidupan kampus, dari sesat di Fakulti hinggalah assignment last minute (kami semua pernah laluinya).
“Yang penting, nikmati perjalanan ni sebab kisah anda di UM nanti akan jadi kenangan manis yang takkan dilupakan!” petik ucapan tersebut.
Apa yang menarik perhatian, apabila rekaan ucapan tersebut dibuat menggunakan rekaan Microsoft Word; tulisan berwarna-warni, perkataan berombak dan mempunyai bayang-bayang di latar belakang.

Ramai yang boleh kaitkan dengan rekaan ucapan tersebut yang sering diguna pakai sewaktu pembentangan atau untuk buku folio. Tidak lupa juga apabila buat kerja-kerja last minute.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran Facebook itu telah mendapat lebih 1,700 komen, serta 3,100 perkongsian semula.
Dalam pada itu, UM terima 5,210 pendaftaran pelajar baharu yang mana ia mencatatkan jumlah pendaftaran pelajar baharu tertinggi sejak penubuhannya.