Yassin Senario akui dia menyesal di atas kesilapan yang dia pernah lakukan sebelum ini. Dan dia tidak mahu menuding jari kepada sesiapa, sebaliknya anggap kesalahan itu atas dirinya sendiri.
Kerana itu yang diajar oleh ibunya kepadanya, jika bersalah, bertanggungjawab, jangan salahkan orang lain.
“Saya tak pernah salahkan sesiapa dengan apa yang berlaku sebelum ini. Saya salahkan diri sendiri, itu nasihat ibu saya yang saya pegang sampai sekarang,” tegas pelakon, pelawak dan penyanyi itu.
Nama Yassin meningkat naik ketika menyertai Senario. Dia dianggap pelengkap kepada kumpulan lawak legenda itu.
Sepanjang kariernya, dia pernah terlibat kontroversi penggunaan dadah yang telah mencemarkan nama baiknya.
Yassin akui kesilapan itu adalah khilaf daripada dirinya sendiri. Dia anggap itu detik hitam di dalam kehidupannya. Yassin lega kerana apa yang berlaku kepadanya, ketika dia masih muda. Dan dia masih banyak ruang untuk belajar dan memperbaiki kesilapan dirinya.
Dan Yassin tidak lagi menoleh ke belakang selepas itu. Dia bangkit semula dan bertahan untuk terus relevan dalam arena hiburan tanah air terutama sekali bersama dengan Senario.
Yassin terharu kerana masih memiliki ramai peminat yang menyokongnya terutama sekali golongan muda hari ini yang turut mengikuti kariernya.
“Saya bersyukur kerana kesilapan itu berlaku ketika usia saya masih muda. Jika ia berlaku sekarang, mungkin lebih teruk,” tegas Yassin yang menyatakan bahawa dia tak pernah berputus asa dan sentiasa percaya Allah akan mengangkat darjat hambanya yang sudah bertaubat – menurut sumber mStar.
Yassin kemudian menambah: “Setiap manusia tidak akan lari daripada ujian, namun tidak berimanlah kamu selagi kamu tidak diuji.