Saiful Apek meluahkan rasa hampa apabila hasrat meraikan kepulangan Yassin Yahya ke tanah air sebelum Aidilfitri tidak kesampaian.
Menurutnya perkara itu terjadi apabila terdapat kekangan termasuk beberapa prosedur yang perlu dijalani oleh Yassin yang kini ditahan di Arab Saudi sebelum dibenarkan pulang ke negara ini, lapor Berita Harian.
Baca Juga:
- Pelawak Terkenal Sedang Jalani Hukuman Penjara 6 Bulan Di Jeddah
- Pelawak Terkenal Sudah 2 Bulan Ditahan Di Jeddah Disyaki Bawa Dadah Ketika Perjalanan Tunai Umrah
- Pelawak Terkenal Disyaki Miliki Ganja Semasa Umrah Ditahan Di Jeddah?
“Sepatutnya Yassin sudah balik sebelum Aidilfitri, namun ia agak rumit kerana membabitkan antara dua kerajaan.
“Ada beberapa masalah dari segi visa, tiket dan sebagainya. Selain itu, Yassin juga perlu melalui satu lagi proses pemindahan depoh. Saya tak pasti prosedurnya, tetapi apa yang saya boleh cakap, insya-Allah dalam masa yang terdekat ini.
“Cuma, saya kecewa jugalah sebab saya sudah uar-uarkan Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri. Saya rasa sangat gembira bagi pihak keluarganya termasuk anggota Senario,” katanya ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya berjudul 6 Jilake di ibu negara, semalam.
Dalam masa sama dia tidak sabar untuk mendengar penjelasan daripada sahabatnya itu sejurus tiba di Malaysia nanti.
Sebaik sahaja tiba, saya akan sambut Yassin. Bagaimanapun, kita juga kena beri Yassin berehat dulu. Saya pasti ada banyak benda yang dia mahu kongsikan, jadi saya tak sabar.
“Bukan apa kami tak mahu berlarutan andaian atau tohmahan bukan-bukan. Ia akan datangkan dosa kering kepada orang lain. Saya mahu semuanya berakhir.
“Jadi, rasanya lebih afdal sekiranya ‘tuan badan’ sendiri bercerita apa yang berlaku di sana,” katanya