Sejak akhir-akhir ini impak YouTube secara tidak langsung berjaya mengalih minat orang ramai daripada menonton televisyen kepada peranti mudah alih. Tidak hanya tertakluk kepada mereka yang sudah dewasa, malah kanak-kanak milenial juga lebih selesa menonton YouTube.
Lebih menarik, perkenalan aplikasi Youtube Kids secara tidak langsung bakal memudahkan kanak-kanak menonton video kesukaan mereka. Kini melalui kemaskini terbaru, para pengguna berpeluang mengakses profil Youtube Kids mereka sendiri melalui satu peranti sebagai inisiatif untuk memudahkan kanak-kanak menonton video.

Dalam erti kata lain kanak-kanak akan dicadangkan pilihan video yang berkaitan berdasarkan apa yang ditonton mengikut usia mereka. Buat para ibu bapa, anda tidak lagi perlu risau soal video yang kurang sesuai ditonton kanak-kanak kerana Youtube Kids akan menapisnya.
Buat anda yang berminat untuk mencuba Youtube Kids, anda boleh muat turun aplikasi ini di Google Playstore dan App Store. Aplikasi ini adalah percuma dan sesuai ditonton buat kanak-kanak 12 tahun dan kebawah.