Di dalam dunia konten hari ini, salah satu cabang genre yang menjadi pilihan di kalangan creator adalah berkaitan agama. Namun, kita perlu menjaga sensitiviti apabila membuat konten sedemikian.

Seorang YouTuber yang berasal dari Maghribi telah menjadi bualan hangat di media sosial selepas membaca ayat al-Quran di Batu Caves kini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dengan tindakan dilakukannya itu.

Baca Juga:

Menerusi video di akaun TikTok miliknya, YouTuber yang dikenali sebagai Abdellatif Ouisa itu menjelaskan dia pada mulanya menganggap Batu Caves hanya sebagai tempat bersejarah.

YouTuber Mohon Maaf Baca Ayat Al-Quran Di Batu Caves
Sumber Gambar: Headout

Dalam pada itu, Abdellatif berkata, dia tidak menyedari bahawa kandungan yang dimuat naik dengan membaca ayat al-Quran di Batu Caves itu menyinggung perasaan rakyat Malaysia terutama penganut agama Hindu.

Dia menjelaskan, kandungan membaca ayat al-Quran memang selalu dilakukannya di semua tempat dan negara yang dilawati.

“Saya fikir ia hanya tempat bersejarah di mana pelancong boleh membuat kandungan media sosial di situ, jadi itu yang saya lakukan.

“Saya tak fikir ia akan menyinggung perasaan orang lain terutama penganut agama Hindu dan saya mohon maaf sekiranya ada menyinggung sesiapa.

“Bukan niat saya untuk menyinggung sesiapa, untuk memusnahkan apa-apa atau membuat orang terasa dengan membaca al-Quran.

“Itu kandungan (media sosial) saya dan saya melakukannya di setiap tempat dan semua negara yang saya lawati,” katanya dalam video tersebut.

Mengulas lanjut, Abdellatif turut menjelaskan tidak mengetahui bahawa patung Dewa Murugan semasa dia membuat video membaca ayat al-Quran itu merupakan dewa bagi agama Hindu.

Sebagai seorang yang beragama Islam, dia menjelaskan hanya mahu menyebar kasih sayang tetapi sebaliknya berlaku apabila menerima banyak mesej yang bernada kebencian.

“Saya rasa teruk sebab menerima banyak mesej bernada kebencian dan mengugut saya,” katanya.

@abdeentube

Assalamo alaikom, here is a quick update about my last video in Batu Caves. My sincere apologies again 🤍 #batucaves #islam #religion #malaysia

♬ origineel geluid – AbdeenTube

 

“Itu kandungan (yang saya hasilkan) sebenarnya. Saya melakukannya di mana-mana sahaja. Saya seorang Islam dan saya menyebarkan kasih sayang melalui al-Quran,” katanya dalam video.

Difahamkan dia turut memohon maaf kepada penganut Budha kerana membaca ayat al-Quran di hadapan Kuil Chin Swee Caves di Genting Highlands.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar membidas tindakan seorang indviidu yang membaca ayat suci al-Quran di hadapan sebuah kuil di Batu Caves, baru-baru ini.

Sumber