Rakyat Malaysia sememangnya saling bertimbang rasa dan tolong-menolong tanpa mengira bangsa atau pun agama walau di mana jua.
Perkara ini terbukti selepas sebuah video yang dimuat naik oleh YouTuber menarik perhatian pengguna di media sosial.
Di dalam video yang dikongsikan semula oleh pengguna TikTok telah memperlihatkan bagaimana YouTuber itu dilayan oleh sekumpulan pelancong yang dipercayai dari Malaysia lalu dirakam tanpa pengetahuan sebagai eksperiemen sosial.
Pada mulanya, YouTuber mendekati sekumpulan pelancong yang sedang menunggu pesanan makanan ketika duduk di meja luar kedai.
“Baru sahaja pulang dari hospital, mungkin awak boleh belikan saya makanan. Hanya makanan. Saya tak mahu duit. Apa-apa sahaja boleh asalkan boleh mengisi perutnya,” soalnya kepada pelancong di luar sebuah kedai itu.
Dia lalu meminta bantuan kepada mereka untuk membelikan makanan sambil mengolah cerita sedang ditimpa kesusahan pada ketika itu.
Tanpa berfikiran panjang, salah seorang lelaki dari dalam kumpulan tersebut langsung mahu memesan makanan untuk diberikan kepada YouTuber berkenaan.
Namun, YouTuber kemudian menahan lelaki itu dari berbuat sedemikian dan mendedahkan ia hanyalah satu eksperiman sosial yang dibuat untuk melihat nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat dunia pada hari ini.
“Awak semua sangat baik, awak juga merupakan manusia yang baik,” puji YouTuber itu.
Perasaan berbaur terharu dan gembira dengan respons yang diterima, dia lalu menyoal sebab mereka sanggup tolong walaupun tidak mengenali dirinya. Mereka hanya tersengih dan mengganggap ia tindakan rasional sebagai seorang manusia.
Kerana perasaan ingin tahu, dia kemudian menyoal pula kepada kumpulan pelancong tentang negara asal mereka.
Selepas mendengar jawapan dari kumpulan pelancong itu, dia langsung memberi reaksi teruja dan seolah-olah mengetahui keperibadian rakyat Malaysia yang cukup baik terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama.
Dalam masa sama, YouTuber itu menawarkan untuk membayar pesanan kumpulan pelancong tersebut namun ditolak secara baik kerana mereka tidak mengharapkan sebarang pembalasan daripadanya.
Dia turut mendoakan agar mereka sentias dirahmati oleh Tuhan oleh kerana kebaikan yang ditonjolkan tanpa mengira status atau latar belakang seseorang.
@ali_joky #malaysia #malaysiatiktok #indones#india #islam #islamic #muslim
Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata netizen tempatan meluahkan rasa terharu kerana rakyat Malaysia berjaya mempamerkan ahlak baik lebih-lebih lagi di ketika melancong di negara luar.


Malah, sebahagian komentar dari pengguna luar negara juga memuji rakyat Malaysia kerana sangat peramah dan baik di dalam kehidupan seharian.