Berita baik untuk orang orang Pulau Pinang dan orang orang utara, anda kini boleh membeli belah di Zalora secara offline. Memang tidak dinafikan budaya di Malaysia masih ramai yang gemar membeli belah di kedai fizikal walaupun trend dunia telah beralih ke online. Kalau tidak, masakan laman e-commerce fesyen terkenal Asean, Zalora membuka kedai fizikal (pop up store) di Gurney Plaza, Pulau Pinang. Pasti ada sesuatu yang membuatkan syarikat giant ini mengambil keputusan sebegitu.
BACA: Setelah Mendapat Hadiah Ribuan Ringgit Dari Zalora, Lihat Apa Lelaki Ini Buat Kali Ini
Sebagai rakyat Malaysia pastinya kita (lebih tepat golongan wanita) sudah biasa membeli belah di laman web Zalora. Dengan kemunculan pop up store Zalora ini, pelanggan boleh merasai pengalaman membeli belah melalui aplikasi Zalora di telefon pintar dan pada masa yang sama boleh mencuba pakaian sebelum membeli.
Pop Up Store Zalora menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk window shopping melalui aplikasi dan mencuba pakaian di dalam kedai, dan selepas mereka membuat keputusan untuk membeli mereka boleh scan barcode untuk membuat pembelian.
Bagi mereka yang tinggal berhampiran, anda boleh kunjungi ZALORA Pop Up Store di tingkat satu Gurney Plaza dari jam 10 pagi – 10 malam sehingaa 13 March 2015.