Setiap penyanyi memang mempunyai rutin fizikal dan penjagaan makanan yang tersendiri dalam memastikan prestasi persembahan sentiasa di tahap yang optimum.
Salah satu cara penyanyi menjaga suaran mereka adalah dengan mengamalkan minuman atau pemakanan tradisional kerana khasiatnya yang tertentu.
Seperti perkongsian penyanyi kelahiran British, Zayn Malik juga mengamalkan minuman untuk menjaga pita suaranya.
Dalam satu video tular di TikTok, bekas ahli kumpulan One Direction ini menyatakan bahawa dia mengamalkan satu minuman dirasai seperti madu.
Menerusi video 15 saat itu, Zayn Malik menunjukkan minuman yang diamalkan dan menyatakan ia adalah ‘eliksir istimewa’.
“Ini seperti madu dari China yang mana ia sangat bagus untuk (penjagaan) pita suara anda. Saya namakannya sebagai eliksir istimewa.
“Saya bawa ni ke mana saya pergi terutama untuk bernyanyi… campurkan dengan sedikit air…,” ujar Zayn.
Perkongsian Zayn Malik telah meraih perhatian netizen Malaysia apabila melihat minuman yang diamalkan penyanyi itu merupakan ubat batuk dari jenama popular yang biasa digunakan oleh rakyat Malaysia.
@zayntour Zayn for British Vogue #zaynmalik #zayn #foryourpage #zaynmalikedit #zaynmalikvids #onedirection #zaynmalikedits #zaynmalikvideo #fyp #viral #harrystyles #harrystylesvids #harrystylesedit #onedirectionvideos #onedirectionedit #harrystylesvideos #hslot #niallhoran #louistomlinson #foryourpage #viral
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa geli hati dan tidak menyangka ubat batuk jenama itu turut menjadi ‘senjata rahsia’ buat menjaga pita suara oleh penyanyi antarabangsa ini.
Malah, ada juga yang mendakwa mengamalkan ubat batuk ini turut berkesan kepadanya untuk melegakan sakit tekak.


Jika melihat bahan-bahan yang digunakan untuk ubat batuk itu, ia merupakan campuran herba tradisional cina yang melegakan tekak, meredakan batuk dan mengurangkan kahak.