Ketika ini, makin ramai orang suka melakukan aktiviti extreme dan juga pergi ‘healing’ ke destinasi yang menenangkan. Sebut tentang aktiviti extreme, pasti anda ada terlihat video di TikTok yang memaparkan aktiviti zipline.
Terbaharu, tular sebuah video yang dikongsikan kembali di Twitter memaparkan seorang wanita bersama anaknya telah melakukan aktiviti zipline di Kuala Kubu Bharu.
Baca Juga:
- 10 Lokasi Treking Dan Hiking ‘Best’ Dalam Malaysia Untuk Kaki Gunung
- Permainan Ski Dan ‘Dead Sea Pool’ Pertama Di Malaysia Kini Jadi Tarikan Baharu ESCAPE Penang
- Pengalaman Mengembara Ke Galaksi Bima Sakti Di Kaki Langit Kuala Kubu Bharu
https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1590973597199519744
Menerusi video tersebut, dapat dilihat wanita terbabit mendukung anaknya dan memakai kelengkapan keselamatan tetapi dilihat tidak mempunyai ciri keselamatan tambahan.
Video terbabit telah meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen berpendapat tindakan wanita itu tidak wajar kerana ia mendedahkan bahaya kepada anaknya.
1) kids that age doesnt need any experience like this. It’s unnecessary
2) selfish parents. This is totally for clout / keseronokkan parents / gedik
3) Is this zipline thingy has license? Bkn first time sukan extreme buat tkde lesen kt kkb. https://t.co/pyLZ98aKub
— skymuri.eth (lin) (@skymuri) November 11, 2022
Pernah juga bawak budak umur 3 tahun naik flying fox ni tapi cara attach harness video ni macam lain pulak…… https://t.co/cMe2QycusB
— نور اينتن (@intanwiduri98) November 11, 2022
https://twitter.com/amirahzzin/status/1591098448014905344
Hello. Budak tu pakai harness attached to the adult kot. The only way budak tu boleh jatuh is both main-line and backup-line tu putus. Korang kalau mat saleh buat puji melambung.
Budak budak main basikal lajak dekat jalan-raya tu lagi bahaya daripada benda ni. https://t.co/6dxUnA3qAe
— Shukri Saleh (@ShukClimbWalls) November 11, 2022
Tidak hanya itu, rata-rata netizen berpendapat bahawa wanita terbabit mementingkan diri dan berasa bimbang akan keselamatan mereka serta persoalkan sama ada aktiviti terbabit mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Segelintir netizen pula mengatakan bahawa anak wanita tersebut telah dipakaikan harness yang dipasangkan bersama dengan wanita itu dan kemalangan boleh terjadi jika tali utama dan tali ‘backup’ terputus.
Difahamkan, aktiviti terbabit mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Daerah dan JKR dimana satu dokumen dimuat naik oleh pemilik video.