Baru baru ini Zukie telah memuat naik satu  video dengan memakai pakaian pegawai keselamatan. Dan dalam video tersebut dia menyatakan bahawa dia sedang buat kerja sambilan sebagai pengawal keselamatan.

Dia berkata kepada pengikutnya: “Bulan puasa memang saya buat kerja sambilan lah, bulan puasa, job tak ada, kalau ada yang tawarkan job tu silakan.

“Saya jadi pengawal keselamatan kat kilang di kawasan Shah Alam. Okaylah gaji RM1,700, tapi ada elaun.

Zukie

“Jadi pengawal keselamatan ni ada manfaat, tolong jagakan kawasan, jaga bangunan, tolong jaga.

“Daripada saya tak buat apa apa, baik saya kerja cari rezeki halal. Daripada jadi content creator memalukan negara, baik jadi jaga. Takde orang hilang.”

@zukiemohamad769

Hidup Ini Keras Dik ….

♬ very beautiful background music(1442222) – MaxRecStudio

Ramai yang kagum dengan Zukie kerana dianggap sangat merendah diri. Walaupun sudah popular, namun masih sanggup bekerja sebagai pak guard.

Zukie dedahkan dia tak bekerja jadi pengawal keselamatan

Namun tidak lama selepas itu, Zukie dedahkan bahawa itu hanyalah konten untuk modal bersembang dengan pengikutnya.

Dia ketika itu sedang di set penggambaran video sempena Hari Raya. Zukie dedahkan dia tidak berniat untuk merendah rendahkan pekerjaan seorang pengawal keselamatan.

Memandangkan dia sendiri pernah bekerja sebagai jaga pada satu ketika dahulu. Dan pada masa yang sama Zukie mahu menasihati pencipta konten yang suka menimbulkan kontroversi dan memberikan aib kepada negara.

Zukie bercakap kepada mStar: “Sebenarnya saya tak tukar kerja pun. Itu hanyalah penggambaran video raya dan saya memegang watak sebagai pegawai keselamatan.

zukie dedahkan hal sebenar

“Alhamdulillah sekarang ini masih ada kerja. Tetapi, kalau saya kerja pengawal keselamatan pun, saya okay sahaja. Itu satu kerja yang bagus dan baik juga.”

Zukie dedahkan ada juga yang kurang senang dengan konten yang dia buat dan dituduh cuba memperlekehkan pekerjaan seorang pengawal keselamatan.

Dia menafikan perkara itu sekeras kerasnya, kerana menurutnya, pengawal keselamatan adalah pekerjaan yang mulia dan sama seperti mana mana pekerjaan unit beruniform yang lain.

“Ada yang kecam kata saya merendahkan pekerjaan itu. Tidak sama sekali dan sebenarnya saya juga pernah menjadi pengawal keselamatan satu ketika dulu,” tambah Zukie.

Selain itu Zukie juga menyatakan bahawa ada beberapa rakan pencipta konten termasuk artis seperti Shuib menghubunginya bertanya sama ada dia sedang dalam masalah kewangan dan sedia membantunya.

“Ada yang minta nombor akaun nak hulurkan bantuan. Tetapi saya kata ini cuma untuk penggambaran sahaja,” tambah Zukie.