Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sedih apabila mendapat tahu beberapa pihak yang sebelum ini berminat untuk menaja skuad Helang Merah dikatakan tidak lagi berminat berbuat demikian.

Ia antara lain melibatkan penaja seperti syarikat produk kesihatan dan kecantikan D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd milik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar, berkata beliau berasa sedih apabila dimaklumkan tentang perkara tersebut ketika KFA memerlukan banyak tajaan bagi mengharungi Liga Malaysia musim ini yang akan bermula empat hari lagi.

“Saya telah dimaklumkan tentang pembatalan tajaan daripada D’Herbs dan sehingga kini tiada kata putus berhubung penajaan ini. Sekiranya tajaan ditarik semula, saya berasa susah hati dengan kedudukan kewangan KFA.

“Kita masih memerlukan penajaan yang banyak, jadi saya masih mengharap tajaan akan diberikan kepada KFA bagi membolehkan pasukan Kedah menghadapi musim ini dengan baik,” katanya kepada pemberita. Penarikan tajaan dikaitkan dengan pertukaran Menteri Besar, baru-baru ini

Dalam berita sebelum ini, pengasas produk kesihatan D’Herbs Healthy Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, atau lebih dikenali dengan nama “Abang Terlajak Laris” berkata pihaknya sudah menarik diri dari menjadi penaja pasukan bola sepak Kedah.

Aliff Syukri berkata keputusan itu dibuat selepas beliau tidak lagi berminat untuk menaja pasukan Helang Merah itu.

Sumber