Setiap kali menjelang Ogos dan September, semangat patriotisme rakyat Malaysia pasti mekar kembali. Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia bukan sekadar tradisi tahunan, malah satu perayaan untuk memperingati jerih perih perjuangan anak bangsa.

Di sebalik cerita sejarah yang tertulis dalam buku, berdiri teguh pelbagai bangunan bersejarah yang menjadi saksi bisu detik-detik penting penubuhan negara ini.

1. Bangunan Sultan Abdul Samad (Kuala Lumpur)
10 Bangunan Bersejarah Ini 'Saksi' Kemerdekaan & Hari Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Bangunan Sultan Abdul Samad

Terletak berhadapan Padang Merdeka, bangunan berseni bina Moghul ini menjadi saksi detik bersejarah penyerahan kedaulatan negara dan penurunan bendera Union Jack pada tengah malam 31 Ogos 1957.

2. Stadium Merdeka (Kuala Lumpur)
10 Bangunan Bersejarah Ini 'Saksi' Kemerdekaan & Hari Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Stadium Merdeka

Lokasi paling ikonik di mana Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan laungan “Merdeka!” sebanyak 7 kali pada 31 Ogos 1957.

3. Bangunan Kelab Diraja Selangor (Kuala Lumpur)
10 Bangunan Bersejarah Ini 'Saksi' Kemerdekaan & Hari Malaysia
Sumber Gambar: Bangunan Kelab Diraja Selangor

Terletak di tepi Dataran Merdeka, lokasi ini menjadi saksi bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan buat julung kalinya bagi menggantikan bendera Union Jack.

4. Muzium Kemerdekaan Memori Pengisytiharan Kemerdekaan (Melaka)
10 Bangunan Bersejarah Ini 'Saksi' Kemerdekaan & Hari Malaysia
Sumber Gambar: CEphoto, Uwe Aranas

Bangunan peninggalan Belanda yang dahulunya dikenali sebagai Kelab Padang Pahlawan ini merupakan tempat Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan sekembalinya beliau dari London pada 20 Februari 1956.

5. Tugu Negara (Kuala Lumpur)
Kongsi Pengukir Sama, AS Sumbang Malaysia RM1 Juta Untuk Pulihara Tugu Negara
Sumber Gambar: CEphoto, Uwe Aranas

Diabadikan untuk mengenang jasa para pahlawan dan tentera yang gugur mempertahankan kedaulatan tanah air, terutamanya semasa era Pendudukan Jepun dan Darurat.

6. Bangunan Parlimen Malaysia (Kuala Lumpur)
10 Bangunan Bersejarah Ini 'Saksi' Kemerdekaan & Hari Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Parlimen Malaysia

Simbol sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan negara. Di sinilah undang-undang serta keputusan penting pembentukan Malaysia digubal.

7. Bangunan Sekretariat Sarawak / Bangunan Kuching Waterfront (Sarawak)

Sarawak menyertai pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Pusat pentadbiran bersejarah di sepanjang Sungai Sarawak ini menyaksikan peralihan pemerintahan dan pembangunan awal negeri Sarawak.

8. Muzium Sabah / Rumah Besar Gabenor (Sabah)
10 Bangunan Bersejarah Ini 'Saksi' Kemerdekaan & Hari Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Muzium Sabah

Menjadi saksi penyerahan kuasa pentadbiran daripada pihak British kepada kerajaan tempatan sebelum Sabah menyertai Persekutuan Malaysia secara rasmi pada tahun 1963.

9. Kota A Famosa & Bangunan Red Square / Stadthuys (Melaka)
10 Bangunan Bersejarah Ini 'Saksi' Kemerdekaan & Hari Malaysia
Sumber Gambar: Chongkian

Simbol penentangan dan perjuangan panjang bangsa menentang penjajahan kuasa Barat (Portugis, Belanda, dan British) seawal tahun 1511 sehingga negara mencapai kemerdekaan.

10. Kompleks Sejarah Pasir Salak (Perak)
10 Bangunan Bersejarah Ini 'Saksi' Kemerdekaan & Hari Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Kompleks Sejarah Pasir Salak

Lokasi bermulanya penentangan awal penduduk tempatan terhadap pentadbiran British, di mana pahlawan Melayu seperti Dato’ Maharajalela dan Dato’ Sagor bangkit menentang campur tangan J.W.W. Birch.