Ramai yang suka travel tapi tak ramai yang berjaya merealisasikan impian mereka sebab komitmen kerja.
Kadang-kadang ada yang dah beli tiket kapal terbang, tiba-tiba terpaksa batalkan sebab boss tak bagi cuti.
Hal ini juga menjadikan faktor kenapa ramai yang terpaksa berhenti kerja untuk mengejar cita-cita travel to the whole world. Tapi tak semua mampu dan berani berbuat sebegini.
Setiap orang mempunyai komitmen yang berbeza-beza. Disini kami nak kongsi, macam mana nak travel tanpa perlu berhenti kerja.
1. Bekerja dengan syarikat multi-national
Cari peluang pekerjaan di syarikat multi-national seperti HP, Intel, Shell, Schlumberger dan IBM (banyak sangat nak list kan). Pada permulaan mungkin anda hanya bekerja di Malaysia.
Tetapi selalunya syarikat-syarikat ini akan buka peluang untuk ‘Internal Transfer’ ke negara-negara lain. Masa ni lah anda boleh rebut peluang yang ada!
2. Cari kerja yang memerlukan untuk travel seperti ‘travel writer’
Apa tugas sebenar travel writer ni? Jangan ingat menulis ni tak boleh mendatangkan duit ya.
Kebanyakkan travel writer ni di bayar untuk membuat review mengenai syarikat penerbangan, tempat menginap, tempat makan, tempat membeli belah, dan berbagai-bagai lagi.
Key-point disini adalah wajib ada blog. Tak pandai menulis tak apa, janji rajin untuk menulis. Lama-lama nanti pandai lah.
3. Rancang dari awal
Kadang-kadang kita kena fikir, kenapa boss tak bagi kita cuti. Salah satu punca tak dapat cuti adalah tak cukup orang nak buat kerja.
Jadinya, kita perlu plan awal dan beritahu boss kalau boleh 8-10 bulan lebih awal. Lagi best kalau hantar email reminder kat boss setiap bulan, kot-kot la dia lupa.
4. Cari pekerjaan yang tawarkan banyak cuti
Masa temuduga biasanya kita boleh tanya berapa hari cuti tahunan. Kalau 8 hari untuk setahun, memang confirm ini syarikat kedekut. Lebih baik cari kerja di tempat yang lain. Haha.
5. Rancang percutian, gabungkan cuti dengan hari perlepasan am
Bila dah dapat tarikh yang nak cuti, sila apply cuti laju-laju bagi mengelakkan rakan sekerja ambil cuti pada tarikh yang sama.
Bahagian ni anda kena bersikap selfish sedikit. Nak cuti ke nak kesian kat orang?
Baca: Rahsia Bagaimana Gadis Ini Travel Sambil Jana Pendapatan Melalui AirBnB
6. Ambil hati boss
Boss pun manusia juga. Jadinya, ambil hati boss lebih sikit. Belikan la fridge magnet seketul masa balik dari cuti.
Jangan berkira sangat, seketul frigde magnet baru RM5. Paling-paling mahal pun mungkin RM20 seketul. Apa lah sangat kan. Nak cuti ke tak?
7. Bila dah balik cuti, jangan nak ‘Monday Blues’ sangat
Sila komited dan fokus dengan kerja anda. Ni dah la sebelum cuti pun malas kerja, balik cuti pun malas kerja. Mana la boss tak bising.
Kita kerja kalau boleh nak lama di sesebuah tempat, jadi attitude tu penting ye.
8. Jangan tamak
Sesetengah syarikat tak kesah untuk seseorang pekerja mengambil cuti sebulan. Tapi kebiasaannya paling maksimum dapat cuti adalah 2 minggu.
Sebagai traveler yang bijak, jangan tamak sangat masukkan 10 negara untuk percutian selama 10 hari.
Memang anda mampu dari segi wang, tapi kesian kat badan. Penat nak check-in dan check-out hotel, nak cross-border, nak duduk kat airport ber jam-jam.
Balik cuti, kena menghadap traffic jammed lagi. Rancang destinasi yang ingin dituju betul-betul.
Baca: Ini 9 Cara Saya Cari Duit Sewaktu Belajar Di Universiti Agar Dapat Travel
9. JANGAN ambil EL & MC sesuka hati tanpa sebab yang munasabah
Dua-dua benda ni selalunya menjadi faktor penting untuk menilai prestasi seseorang pekerja.
Dah kalau setiap bulan ada EL & MC, agak-agak boss kasi ke nak cuti dua minggu?
10. Bekerja secara ‘remote’
Last sekali, cari pekerjaan yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja janji ada internet.
Heaven kan, hari ni kerja dari rumah, esok kerja dari kedai kopi, lusa pula kerja dari London. Eh? Wujud ke kerja yang macam tu? Yes, wujud. Rajin-rajin lah mencari ya.
Baca lagi: Nah Ini Dia 20 Cara Buat Duit Untuk Anda Yang Suka Travel