Alhamdullilah sudah sebulan berakhirnya trip ke Eropah. Untuk kali ini, route pengembaraan saya adalah dari Kuala Lumpur – Paris – London – Edinburgh – Dundee – Glasgow –Manchester – Bruges – Brussels – Paris – Kuala Lumpur.
Semasa berhari raya, saya dihujani beberapa soalan berkenaan macam mana untuk merancang trip ke Europe, budget, makanan dan lain-lain.
Ramai beranggapan melancong ke Eropah memerlukan bajet yang tinggi. Yup, sebenarnya memang tinggi tetapi dapat dikurangkan jika kita merancang dengan bijak.
Disini saya sediakan 10 tip bagaimana saya dapat kurangkan sehingga 50% untuk kos pengakutan ketika di Eropah dan berbelanja sebanyak RM1,800 untuk kos pengakutan.
Berikut apa yang telah saya aplikasikan di sepanjang trip ini:
1. Penjimatan tiket penerbangan
Untuk trip kali ini saya sangat bertuah kerana saya mendapat harga tiket sebanyak RM1350 untuk perjalanan dari Penang- Kuala Lumpur – Paris (pergi balik) dengan menggunakan Qatar Airways.
Bagi saya perjalanan dari KL- Paris kebiasaanya adalah RM2500 (harga skyscanner).
Di sini saya telah mendapat penjimatan sebanyak RM1,150. Cuba bayangkan jika anda pergi bersama keluarga , nilai ini amat bermakna.
Jadi, rajin–rajinlah menyemak harga di Skyscanner. Jika harganya murah , teruslah beli. Jangan tunggu lama-lama.
Harga yang saya rasakan murah untuk ke Eropah adalah di bawah RM2000. Jika lebih dari itu, lebih baik tunggu.
2. Penjimatan CDG Airport transfer dengan Easybus
Sewaktu kunjungan lepas ke Paris, saya menggunakan perkhidmatan keretapi yang nilainya mencecah sebanyak 10 Euro.
Saya terfikir, adakah ada cara lain yang lebih murah ? Ada, anda boleh layari www.easybus.com/en/paris-cdg-airport.
Harga tiket saya untuk perjalanan dari CDG Airport ke pusat bandar adalah sebanyak 4 Euro.
Jadi di sini saya telah mendapat penjimatan sebanyak 8 Euro pergi balik (RM35)
3. Penjimatan untuk perjalanan dari Paris ke London
Untuk ke London dari Paris, ada beberpa pilihan pengakutan seperti keretapi, bas dan kapal terbang.
Bagi saya mengunakan perkhidmatan keretapi seperti Eurostar amal mahal. Tambangnya mencecah sebanyak 55 Pound( harga paling murah ).
Pilihan saya adalah bas. Antara operator yang popular untuk route ini adalah Eurolines dan Megabus.
Sejak 2 bulan sebelum perjalanan, saya telah mengkaji harga kedua-dua operator ini.
Harga Megabus yang paling murah adalah sebanyak 18 Euro dan untuk Eurolines adalah sebanyak 8 Euro (RM35). Harga ini adalah sangat murah untuk perjalanan yang memakan masa 6 jam.
Jadi saya memilih Eurolines untuk London. Di sini saya telah berjimat sebanyak 10 Euro (RM45).
4. Penjimatan di Kota Paris
Kota Paris amat lah cantik sengan seni bina yang unik. Jika di Paris pengangkutan yang utama adalah Metro. Ada antara kita suka membeli day pass sama ada one day atau lebih.
Pada pengamatan saya, day pass amatlah rugi. Ini kerana di sekitar bandar Paris anda boleh berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Lebih jimat jika membeli single ride yang berharga sebanyak 1.8 Euro. Jika anda ke sana beberapa hari dan ramai, saya galakkan anda membeli 10 tiket yang berharga sebanyak 14.1 Euro. Disini saya telah untung sebanyak 4 Euro (RM16).
5. Penjimatan pengangkutan di Kota London
Day travel card VS Oyster card. Saya memilih Oyster Card. Ini adalah kerana jika anda travel disekitar Zon 1- 2 jika mengunakan Oyster Pass harganya adalah 6.5 pound sehari berbanding dengan travel card yang berharga 12.10 pound.
Di sini saya telah mengurangkan kos travel sebanyak 12 pound untuk 2 hari di Kota London (RM65)
6. RyanAir memang murah
Ryan Air merupakan syarikat penerbangan tambang murah berpengkalan di Dublin.
Harga tiket untuk penerbangan dari London ke Glasgow adalah sebanyak 15 pound dan dari Manchester ke Brussels adalah sebanyak 20 pound. Harga bas pun lebih mahal dari ini.
Pada pandangan saya, Ryan Air menawarkan harga yang sangat murah dan sangat berbaloi. Ada sesetengah destinasi Ryan Air adalah jauh dari bandar. Jadi seelok-eloknya cuba elakkan destinasi tersebut.
Ryan Air agak kerap menawarkan harga murah. Jadi jangan segan-segan untuk melayari website mereka.
Harga regular untuk penerbangan dari London ke Glasgow adalah sebanyak 23 pound dan untuk ke Brussels adalah 51 pound. Jadi saya telah berjimat sebanyak 29 pound (RM150).
Baca: 17 Lokasi Menarik Di Eropah Tengah Tapi Kurang Diketahui Oleh Ramai Traveller
7. Penjimatan pengangkutan dari London Victoria ke London (Stansted)
Dari London Victoria mengambil masa selama 1 jam 15 minit ke London Stansted. London ( Stansted) merupakan hub untuk Ryan Air.
Jika mengunakan bas, syarikat bas yang popular adalah Terravison. Jika anda membeli online harga nya adalah sekitar 8 pound – 10 pound. Jika walk in harga sekitar 10 pound.
Manakala, jika menggunakan National Expres harga tiket adalah sekitar 8 pound ke 10 pound.
Tetapi, jika anda menggunakan Easybu.com harga yang paling murah yang saya berjaya beli adalah serendah 2 pound .Wow! Disini penjimatan yang saya perolehi adalah sebanyak 8 pound (RM45) sehala. Cuba bayangkan jika 2 hala.
8. Megabus, Megabus, Megabus
Dari Glasgow ke Edinburgh (1 jam ), Dundee ke Glasgow (2 jam), Glasgow ke Manchester (5 jam) , saya menggunakan perkhidmatan Megabus.
Megabus antara syarikat bas yang terkenal di Eropah mahupun USA. Saya berjaya membeli tiket dengan harga yang paling rendah iaitu dari Glasgow ke Edinburgh (1 pound), Dundee ke Glagsow (3 pound) dan Glasgow ke Manchester (5 pound). Menarik bukan?
Jika ingin membeli dengan Megabus, pastikan anda sentisa melayari laman web mereka sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum trip bermula.
Tempahan akan dibuka bermula daripada 6 ke 8 minggu sebelum. Jadi, haruslah rajin-rajin untuk buat research.
Harga normal untuk trip ni adalah Glasgow ke Edinburgh (7 pound), Dundee ke Glasgow (9 pound) dan Glasgow ke Manchester (15 pound ). Saya berjaya jimatkan kos pengangkutan sebanyak 22 pound (RM120)
9. Kadang kadang ScotRAIL pun murah jugak
Untuk destinasi Edinburgh ke Dundee, saya tidak berjaya untuk membeli tiket Megabus yang bernilai 1 pound.
Jadi saya mencari pilihan lain iaitu mengunakan perkhidmatan keretapi ScotRAIL. Harga yang saya beli sama dengan harga yang ditawarkan oleh Megabus iaitu sebanyak 5 pound.
Apa yang saya ingin simpulkan adalah yang murah tidak selama-lamanya murah dan yang mahal tidak sentiasa mahal. Jadi, yang pasti kena rajin mencari.
10. Brussels ke Paris dengan IzyThals
Untuk ke Paris dari Brussels, jika menggunakan bas samada Megabus atau Eurolines harga nya adalah 15 Euro. Saya cuba mencari alternative lain.
Akhirnya saya berjaya membeli dengan harga 15 Euro menggunakan keretapi IzyThals. Murah sangat! Tetapi mereka sangat berkira dengan luggage. Pastikan mengikut berat yang dibenarkan. Jika tidak 30 Euro akan melayang.
Harga biasa untuk route ini adalah sebanyak 30 Euro. Jadi saya telah berjaya mengurangkan kos sebanyak 15 Euro (RM65).
Apa yang dapat saya simpulkan, harga pengangkutan ke Eropah dan sekitar Eropah boleh dikatakan agak mahal.
Tetapi jika kita rajin membuat kajian terlebih dahulu dan membeli lebih awal, kosnya dapat dikurangkan berkali ganda.
Anda dinasihatkan supaya tidak terikat dengan satu syarikat sahaja. Cuba explore more dan buat perbandingan harga. Apa yang penting adalah rajin, rajin, rajin untuk membuat kajian dan bertanya.
Baca lagi: 3 Perkara Asas Ini Boleh Bantu Anda Berjimat Sewaktu Travel Di Eropah