COVID-19 telah menyerang dunia sejak awal tahun ini, ia telah membunuh lebih 100,000 orang di pelbagai negara. Sejak itu, pelbagai cerita ‘pelik’ yang kita dengar. Namun, disebalik kekacauan yang ditimbulkan oleh virus yang dilahirkan di Wuhan, China ini. Ada beberapa orang yang tidak sedar bahawa virus ini telah merebak dengan pantas di seluruh belahan dunia.
Terbaharu, sepasang suami isteri yang berhenti kerja pada 2017 dan berlayar merentasi lautan sama sekali tidak sedar bahawa wabak Covid-19 telah menyerang seluruh dunia – mereka hanya menyedari berita ini apabila dihalang untuk berlabuh di Caribbean.
Elena Manighetti dari Lombardy, Itali dan Ryan Osborne dari Manchester meninggalkan Kepulauan Canary pada akhir Februari lalu untuk belayar ke St Vincent.
Pasangan itu telah memberitahu keluarga mereka bahawa semasa dalam perjalanan mereka tidak ingin menerima berita buruk. Namun, ketika mendekati Caribbean, mereka diberitahu bahawa banyak pulau telah menutup sempadan bagi membendung penyebaran wabak Covid-19.
Pasangan itu menyatakan ketika mereka meninggalkan Kepulauan Canary, mereka menyedari adanya virus di China tetapi tidak menyangka ia merebak ke seluruh dunia dan memberi kesan kepada perjalanan mereka.
Setelah 25 hari di laut – tanpa akses kepada dunia luar kerana mereka tidak mempunyai isyarat telefon bimbit – pasangan ini diberitahu bahawa mereka tidak dapat berlabuh di beberapa pelabuhan akibat dari perintah penguncian di beberapa negara.
Pertama kali mereka mengetahui kesan COVID-19 kepada perjalanan mereka adalah bilamana salah seorang pelayar lain memberitahu mereka tentang perintah penguncian.
Manighetti menyatakan kepada BBC, “Pada bulan Februari kami mendengar ada virus di China, tetapi dengan sedikit maklumat kami percaya bahawa semasa kami sampai ke Caribbean selepas 25 hari, wabak ini akan berakhir.
“Kami memberitahu kenalan pantai bahawa kami tidak mahu mendengar apa-apa berita buruk.”
Osborne pula berkata, “Kami pertama kali mahu mendarat di salah satu wilayah Perancis di Caribbean tetapi ketika kami tiba, kami mendapati semua sempadan ditutup dan pulau-pulau juga ditutup.”
Manighetti menyatakan bahawa kerana dia adalah warganegara Itali, jadi pihak berkuasa tidak mahu membenarkan mereka untuk mendarat kerana situasi pademik global COVID-19 di Itali dilaporkan parah.
Namun, mereka bernasib baik apabila menyimpan sejarah perjalanan mereka dengan GPS dan mereka telah berjaya membuktikan bahawa mereka berada di laut selama 25 hari dan secara tidak sengaja telah mengkuarantinkan diri mereka.
Pasangan ini akhirnya dibenarkan untuk berlabuh dan kini berada di Bequia, Saint Vincent dan telah dilarang untuk keluar atau meneruskan perjalanan.
P/S: Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari topeng muka, tekan di sini kerana MR.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian sekotak topeng muka (50s). Cepat sebelum kehabisan stok.
Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di beberapa negara, klik pautan di bawah.
Anak Perempuan El Chapo Dan Kartel Dadah Mexico Turun Padang Bantu Penduduk Terjejas Akibat COVID-19
Mahu Gunting Rambut Dan Melepak Antara Sebab Rakyat AS Tolak Kuarantin Di Rumah