Seorang lelaki yang berasal dari British telah ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan selepas dilaporkan mencampak isterinya dari tingkat tujuh disebabkan tertekan dengan perintah lockdown yang dikuatkuasa di Thailand.

Dave Mitchell, seorang pelancong telah bertindak mencampak keluar pasangannya, Sukanda, dari balkoni apartmen kediaman mereka di bandar Rayong.

Namun nasib berpihak kepada Sukanda, 56 tahun, apabila dia jatuh hanya dua tingkat dan mendarat di bumbung yang terletak di tingkat empat. Dia kemudiannya dirawat oleh pasukan perubatan dan memberitahu mereka bahawa si suami mencampaknya dari tingkat tujuh selepas mereka bertengkar.

NINTCHDBPICT000579919218
The Sun

Dia selepas itu terus di bawa ke hospital untuk diberi rawatan lanjut manakala si suami telah ditahan oleh pihak polis selepas dua jam dipujuk untuk keluar dari apartmen tersebut.

Dalam gambar yang beredar di media antarabangsa, Mitchell berumur 46 tahun duduk di balkoni berwarna putih dan mengangkat tangannya seperti berdoa. Pihak polis turut memberitahu bahawa Sukanda berada dalam pengawasan doktor selepas menderita patah tulang pinggul.

Mitchell memberitahu doktor bahawa dia melakukan perkara tersebut disebabkan tekanan apabila mengetahui bahawa penerbangan pulang ke negara asal dibatalkan disebabkan pandemi COVID-19.

NINTCHDBPICT000579919136
The Sun

Dia kemudiannya menjadi marah apabila hanya mampu untuk duduk di rumah selepas beberapa tempat hiburan yang lain telah dilarang untuk dibuka oleh kerajaan Thailand.

Pihak polis tempatan dilaporkan masih belum menjalankan siasatan lanjut. Mereka dilaporkan sedang menunggu keadaan Sukanda pulih untuk disoal siasat selepas mengalami cedera parah. Mereka juga sedang menunggu keadaan Mitchell kembali tenang sebelum melanjutkan sesi interogasi dan mengungkap motif sebenar disebalik tindakannya.

P/S: Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari, tekan di sini kerana MR.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian sekotak topeng muka (50s). Cepat sebelum kehabisan stok.

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di beberapa negara luar, klik pautan di bawah.

Wanita Yang ‘Disahkan’ Meninggal Dunia Akibat COVID-19 Hidup Kembali

‘Stress’ Tangani Pesakit COVID-19, Doktor Di New York Bunuh Diri

‘Malaikat Maut’ Turun Padang Untuk Lawan Sikap Degil Rakyat AS Yang Tidak Mahu Kuarantin