Cukai jualan 10% akan dikenakan ke atas barangan dijual dalam talian berharga bawah RM500 mulai 1 Januari ini, menurut panduan kastam baru-baru ini.

Cukai barangan bernilai rendah itu bakal dikenakan ke atas barang yang dibeli dalam talian dan dihantar ke Malaysia oleh vendor berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Inside Retail Asia

Untuk makluman, cukai itu diperkenalkan menerusi pindaan kepada Akta Cukai Jualan yang diluluskan Dewan Rakyat pada 22 Ogos 2022 yang mana sepatutnya mula berkuat kuasa 1 April lalu namun ditangguhkan.

Tahun lalu, Dewan Rakyat diberitahu kerajaan menjangkakan kutipan RM200 juta setahun daripada cukai itu.

Timbalan menteri kewangan ketika itu, Shahar Abdullah dilaporkan berkata, cukai itu akan menyamaratakan peluang bagi peniaga dalam talian dalam dan luar negara, seterusnya memperkasakan pasaran serta peniaga tempatan.

Cukai itu pertama kali dicadangkan menteri kewangan ketika itu, Tengku Zafrul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2022.

Dalam pada itu, Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (Samenta) turut menggesa Putrajaya melaksanakan cukai itu bagi mengurangkan “saingan tidak seimbang” antara kedai fizikal dan pasaran dalam talian.

Difahamkan peniaga tempatan perlu membayar cukai, sewa dan kos overhed, sementara peniaga dalam talian sering dapat mengelak tanggungjawab percukaian, selain cenderung membayar sewa serta overhead lebih rendah.

Sumber