Tanpa ilmu pengurusan kewangan yang betul, sudah pasti duit yang ada di dalam akaun bank semakin menyusut tanpa sedari.

Lebih memburukkan keadaan lagi apabila duit sedia ada dilaburkan pada tempat yang salah, lalu menyebabkan kerugian yang tidak boleh dipulihkan semula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sehubungan dengan itu, Tuan Adli Ishak daripada The Sophisicated Investor sudi berkongsi bagaimana cara perancang kewangan dapat membantu seseorang mengembangkan wang dengan selamat.

Apa itu Perancang Kewangan?

Perancang Kewangan atau ramai mengenali sebagai Financial Planner  ialah seseorang yang bertauliah dan berlesen dalam bidang perancangan kewangan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Seseorang financial planner boleh memberi nasihat dan menyediakan ‘financial plan’ untuk membantu seseorang mencapai matlamat kewangan mereka — menerusi penganalisaan, cadangan strategi untuk melabur, mengembangkan dan melindungi kewangan seseorang.

Menurut beliau, berbeza dengan ejen unit trust, insurans ataupun takaful bagi melanggan produk kewangan, peranan financial planner pula lebih luas dan merangkumi seluruh aspek kewangan seseorang.

“Bila seseorang berurusan dengan financial planner, financial planner boleh beri pandangan kewangan yang holistik dan tidak bias,” terang Adli.

Kepentingan Pengurusan Aliran Kewangan
Sumber Gambar: Facebook Adli Ishak

Adli menegaskan masih ramai memandangan ringan terhadap aliran kewangan atau cash flow. Seseorang itu perlu pastikan cash flow positif untuk membuat sebarang keputusan kewangan.

“Maknanya, perbelanjaan perlulah kurang daripada pendapatan. Bila sudah ada positif cash flow, barulah kita boleh lihat aspek lain dalam kewangan,” jelasnya.

Kurang Ilmu, Punca Ramai Kerugian

Apabila ditanya mengapakah masih ramai yang masih belum cakna dengan perancangan kewangan, Adli menjelaskan kekurangan ilmu dan sikap acuh tak acuh, serta tidak mengambil peduli.

“Satu ketika dahulu perancangan kewangan tidak di ajar di sekolah atau universiti. Jadi agak sukar orang ramai mendapat ilmu itu.

“Kemudian, masih ramai yang bersikap acuh tak acuh, ataupun tak ambil peduli jika kehilangan peluang pekerjaan pada masa akan datang,” terang Adli.

Bagaimanapun, situasi sudah berubah kerana pada hari ini anak-anak sudah mula didedahkan dengan ilmu perancangan kewangan di sekolah. Bagi yang dewasa pula boleh didapat dengan mudah melalui Google, YouTube, TikTok, X.com serta buku kewangan yang sudah tersedia di pasaran.

Wajib Miliki Perlindungan Kewangan Dan Kesihatan

Tambahnya lagi, amatlah penting seseorang itu memastikan dirinya ada perlindungan mencukupi daripada sudut perlindungan hutang (debt protection) dan penggantian pendapatan (income replacement).

Debt Protection – untuk selesaikan hutang jika meninggal dunia (pampasan kematian).

Income Replacement pengganti pendapatan jika kita sakit kritikal atau cacat kekal (pampasan cacat kekal dan sakit kritikal).

Kedua-dua jenis perlindungan itu boleh diperolehi melalui life insurance/takaful.

“Kita kena utamakan dahulu perlindungan life yang beri dua jenis pampasan ini. Jika ada bajet lebih, kita boleh pertimbangkan ambil medical card sebagai health protection,” jelas Adli.

Miliki Simpanan 12 Bulan Dahulu, Baru Melabur

Adli yang sudah lebih 6 tahun berkecimpung dalam industri financial planner, seseorang itu perlu mempunyai tabung kecemasan dan lifeboat kewangan.

Secara asas, jumlah simpanan kecemasan adalah berbeza mengikut kerjaya masing-masing.

  1. Individu bekerja kerajaan – 3 hingga 6 bulan simpanan
  2. Individu bekerja swasta – 6 hingga 12 bulan simpanan
  3. Individu berbisnes – 12 hingga 24 bulan simpanan

Lagi tinggi risiko seseorang untuk hilang pendapatan, lagi tinggi simpanan kecemasan yang mereka perlu ada. Akhir sekali, barulah kita tengok pada pelaburan.

Macam-macam jenis pelaburan yang ada pada era ini. Pastikan kita pilih pelaburan yang kita faham dan selesa. Elakkan daripada tertipu dengan mana-mana skim pelaburan cepat kaya,” pesan Adli.

Bina Dana Kecemasan Melalui Tabung ‘Simpan Dan Lupa’

Pada masa sama, jangan lupa miliki tabung kecemasan — konsisten menyimpan tetap setiap bulan — menurut Adli, itulah perkara paling mustahak untuk membina tabung tersebut.

Setiap kali dapat gaji, sebahagian duit diasingkan ke akaun lain yang sukar diakses. Konsep tersebut beliau panggil sebagai ‘simpan dan lupa’.

Instrumen untuk simpan dana kecemasan pula perlulah senang dicairkan (liquid) dan rendah risiko. Contoh instrumen yang sesuai untuk dana kecemasan ialah ASB, TH, Fixed deposit ataupun Money Market,” kata Adli.

Tambah beliau lagi, apabila dana kecemasan sudah digunakan, tabung itu perlulah diisi semula supaya dana kecemasan dapat terus digunakan pada masa akan datang.

Instrumen Pelaburan Terbaik 2024
Sumber Gambar: Berita Harian

Berdasarkan pengalaman 6 tahun Adli sebagai financial planner, beliau mendedahkan Amanah Saham Berhad (ASB) merupakan instrumen terbaik untuk 2024.

Antara sebabnya adalah risiko yang rendah (harga ASB tetap), liquidity (sedang dicarikan), pulangan yang kompetitif dan boleh mula melabur serendah RM50.

Setiap warganegara malaysia (bumiputera) patut ada simpanan ASB. Apa yang buat ASB bertambah menarik pula ialah kita boleh gunakan ‘leverage’ untuk gandakan keuntungan dengan gunakan financing dari bank untuk melabur — dikenali ASB financing. 

Walaupun ASB financing tidak sesuai untuk semua orang, tetapi sangat bermanfaat untuk orang yang pandai gunakan ‘leverage’ untuk gandakan keuntungan,” kata beliau.

Flow Mudah Untuk Mula Menyimpan

Sebelum mengakhiri temu bual Tuan Adli, beliau berkongsi satu flow untuk memulakan simpanan.

  1. Cukupkan simpanan 6-12 bulan belanja, jadikan sebagai dana kecemasan.
  2. Belajar melabur di instrumen berisiko rendah seperti ASB, ABH atau Tabung Haji.
  3. Kemudian belajar melabur berisiko sederhana seperti Unit Trust, REITs, ETFs, Robo-advisor dan emas.
  4. Melabur secara tunai kerana pelaburan tunai lebih senang dicairkan dan risikonya lebih rendah.
  5. Apabila sudah yakin untuk mengambil risiko yang lebih tinggi, bolehlah mula melabur pada ASB Financing, hartanah dan saham.

Tuan Adli juga sempat berkongsi satu wisdom – “Orang yang bijak kewangan, walaupun gaji dia kecil, dia akan uruskan kewangan dia dengan baik.”

Menurutnya, pengurusan kewangan ini, bukan perlu tunggu gaji sudah besar baru nak fikir.  Biasanya pada waktu itu sudah terlambat.

Sebaiknya pada masa belum banyak duit pengurusan kewangan patut bermula, nanti apabila gaji sudah banyak, ia sudah menjadi satu kebiasaan.

Uruskan yang kecil kecil dahulu —

1. Belanja dibawah kemampuan
2. Urus risiko dengan baik
3. Simpanan sebagai kewangan bot penyelamat
4. Melabur dengan bijak