Baru-baru ini tular hantaran seorang wanita yang meluahkan penyesalan kerana melabur dalam unit amanah menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tanpa ilmu dan pengetahuan asas pelaburan.

Hantaran tersebut telah meraih pelbagai reaksi netizen yang mana ramai bersimpati dengan nasib yang dihadapi di samping ada juga yang berkongsi mengalami kerugian berbanding keuntungan sewaktu melabur di dalam unit amanah.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

duit kwsp
Sumber Gambar: FB

Situasi yang dialami oleh wanita berkenaan nampaknya turut mendapat perhatian pakar kewangan dan hartanah yang dikenali sebagai Dr Azizul Azli Ahmad.

Beliau yang banyak berkongsi tip kewangan di Facebook turut menyenaraikan perbandingan antara pulangan di KWSP dan unit amanah, untuk panduan bersama.

Berikut adalah perkongsian beliau:

1. Setakat hari ini belum ada lagi rekod KWSP tak beri sebarang dividen untuk pendepositnya.

2. Akta KWSP 1991, Seksyen 27 memberikan kadar jaminan minimum 2.5 peratus setahun atas simpanan ahlinya. Paling buruk prestasi tahun itu akan tetap dapat 2.5 peratus.

3. Kadar ini hanya berlaku pada tahun 1952 hingga 1959 iaitu 2.5 peratus.

4. Tahun 1980 hingga 1994 semua kadar dividen adalah 8.0 peratus ke atas.

5. Pulangan keuntungan KWSP bagi 5 tahun adalah sekitar 21 peratus.

6. Bagi pulangan keuntungan KWSP untuk 10 tahun sekitar 65 peratus.

7. Pulangan bagi 20 tahun sekitar 193 peratus sahaja!

8. Bila kita guna duit KWSP untuk masukkan dalam Unit Amanah lain, kita sedang merisikokan keuntungan 65 peratus yang sepatutnya diperolehi untuk hilang.

9. Lebih malang, duit hilang bersama-sama ejen yang lepas dapat komisyen, hilang entah ke mana.

“Selamat berjuang, kembalikan duit persaraan ke dalam Dana KWSP. 87 peratus yang keluarkan dari KWSP, mendapat keuntungan lebih rendah dari apa yang KWSP bagi,” demikian perkongsian beliau berhubung keburukan mengeluarkan simpanan di KWSP.