Menjadi satu perkara biasa apabila individu sudah mendapat pekerjaan pertamannya, banyak hajat yang mahu ditunaikan kerana sudah lama dipendam. Namun, ada antara mereka yang sanggup mengambil risiko dengan membeli kereta idaman yang tidak setara dengan gaji yang diterima.

Satu hantaran tangkap layar di X memaparkan seorang guru muda telah meminta pendapat orang ramai mengenai kereta yang sesuai dengan gaji bulanannya. Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di platform tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Guru lepasan Institut Perguruan (IPG) itu memberitahu dirinya sudah bekerja pada usia 23 tahun dan menerima gaji bulanan sebanyak RM3,100 termasuk elaun dan lain-lain. Kini, dia tinggal di rumah keluarganya kerana jarak rumah tersebut dengan sekolah hanyalah 23 kilometer.

Dia terfikir mahu membeli kereta yang tidak menggunakan minyak yang banyak kerana ia akan dibawa pada setiap hari. Dalam masa yang sama, dia juga mahu kereta tersebut selesa untuk dibawa dan kabin kereta itu tidak bising.

“Saya terfikir nak beli kereta yang saya boleh guna setiap hari. Jadi, saya nak kereta yang jimat minyak tapi nak selesa dan kabin kereta tak bunyi bising,”kongsinya.

Bagaimanapun, dia telah membuat perbandingan harga kereta baharu dan terpakai dan meminta pendapat orang ramai tentang pilihannya. Dia juga sudah mempunyai simpanan sebanyak RM6,200 untuk deposit pembelian kereta dan tidak mahu bayaran bulanan melebihi RM1,100.

Berikut merupakan senarai pilihan kereta yang sedang dipertimbangkan:-

1. 2018 Honda Civic TC 1.5 (terpakai) (RM94 ribu: RM1,100-RM100 bulanan)
2. 2023 Toyota Vios J Variant (baharu) (RM90 ribu: RM900 bulanan)
3. 2023 Proton Saga 1.3 Premium S AT (baharu) (RM45 ribu: RM650 bulanan)
4. Nissan Almera (baharu)

Dia juga memberitahu dirinya bukanlah daripada keluarga yang senang jadi dia tidak pernah menaiki kereta mahal seperti jenama Honda dan Mazda.

Di ruangan balas dalam hantaran tersebut, ramai netizen meminta untuk guru muda tersebut mempertimbangkan semula impiannya untuk memiliki kereta mahal dengan gaji RM3,100 sebulan.

Guru tersebut juga dinasihatkan untuk mengambil kira tentang kos servis kereta, insurans, cukai jalan dan lain-lain sebelum mahu membeli kereta idaman.

Sumber Gambar: X themillenial
Sumber Gambar: X themillenial

Malah, ramai agak terkejut kerana dia tampak tidak berminat dengan kereta buatan tempatan walhal kos pemilikan jauh lebih berpatutan berbanding dengan kereta import.