Memang tidak dinafikan, segelintir anak muda mendambakan hidup mewah untuk tampak gah. Lebih teruk lagi, ada yang sanggup berhutang demi mendapat pujian orang lain.

Jadi, tidak hairanlah jika jumlah orang muda berstatus muflis semakin tinggi pada saban tahun dan ada yang yang terpaksa menagih simpati dari pihak lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok, seorang peguam bernama Hafiz Baharuddin atau lebih mesra dikenali sebagai Abang Lawyer berkongsi satu trend golongan muda di mana segelintir daripada mereka bertindak membeli aset  menggunakan pinjaman bank seperti kereta mewah dan rumah walaupun bergaji kecil.

Katanya, ramai golongan bujang usia awal 20-an tidak memikir kehadapan tentang komitmen yang bakal ditanggung selepas ke alam perkahwinan.

“Kita dapati ramai anak muda yang beli rumah pada umur 22, 23, ada yang beli kereta Civic hatchback, gaji baru RM2,800.

“Golongan ini tak kahwin lagi, dia tak dapat lagi life lessons yang lebih kompleks. Jadi bila dia orang commit dengan semua tanggungjawab, dia tak nampak lagi.

“Bila dia dah kahwin, ada anak, komitmen akan bertambah… boleh tak dia serve loan ni?” katanya.

Melihat keadaan itu, golongan ini akan mengajak pasangannya untuk sama-sama bertanggungjawab dalam membayar hutang.

Berkongsi pengalamannya, client dari golongan muda selalu berdepan dengan krisis bankrap melibatkan pembayaran ansuran kenderaan atau kad kredit.

“Contohnya beli motor jenama entah apa-apa. Motor itu kemudian rosak dan tak boleh jalan, selepas itu dia berasa kurang puas hati kerana perlu membayar hutang,” kongsinya lagi.

Abang Lawyer menjelaskan hutang tersebut tetap perlu dibayar kerana telah membaca, memahami dan menandatangani perjanjian bersama peminjam wang sebelum ini.

@financialfaiz

Punca-punca orang muda ni muflis awal! Orang yang muda ni sebelum kahwin banyak ambil loan sana sini sehingga dibawa selepas kahwin! #financialfaiz #nazrihamdan #klpodfest #loan #youngsters #education

♬ Endless Love – Van

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang bersetuju dengan pandangan Abang Lawyer dan tidak kurang juga yang mempertahankan tindakan golongan muda membeli aset sebelum berkahwin.