Umum mengetahui bermula 1 Mac 2024, Cukai Barang dan Perkhidmatan (CP) atau Sales & Service Tax (SST) yang ditetapkan pada kadar 6% bakal naik 2% kepada 8%. Peningkatan kadar ini telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2024 tahun lalu.

Apakah itu cukai perkhidmatan?

Berdasarkan penerangan rasmi Kementerian Kewangan, Cukai perkhidmatan (CP) adalah cukai yang dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai tertentu (prescribed services). Cukai perkhidmatan juga dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai yang diimport (B2B) dan perkhidmatan digital (B2C).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Secara ringkasnya, tidak semua perkhidmatan dikenakan kenaikan cukai 8% ini. Kadar CP ke atas perkhidmatan di bawah Kumpulan B iaitu makanan dan minuman, perkhidmatan telekomunikasi, penyediaan ruang parkir kenderaan serta perkhidmatan logistik kekal dikenakan kadar cukai 6%. Kadar cukai untuk kad kredit dan kad caj kekal dikenakan pada RM25/setahun.

Berikut adalah ringkasan CP yang naik atau kekal;

Kementerian Kewangan

Apakah perkhidmatan baharu yang akan dikenakan cukai perkhidmatan?

Perkhidmatan baharu yang akan dikenakan cukai perkhidmatan adalah seperti berikut:

Perkhidmatan pusat karaoke, perkhidmatan pembrokeran dan penajajaminan untuk perkhidmatan selain kewangan seperti broker kapal/kapal terbang, komoditi dan harta tanah, perkhidmatan logistik di bawah Kumpulan J dan Perkhidmatan penyenggaraan atau pembaikan di bawah Kumpulan G.

Apakah justifikasi/ rasional peluasan skop dan perubahan kadar cukai perkhidmatan?

Berdasarkan penerangan Kementerian Kewangan, langkah reformasi percukaian perlu dilaksanakan bagi meluaskan asas hasil negara yang akan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan bantuan kepada rakyat. Langkah ini termasuk peluasan skop dan perubahan kadar CP.

Peluasan skop perkhidmatan ke atas kumpulan perkhidmatan sedia secara amnya untuk menyelaraskan dan memberikan layanan sama rata dalam industri yang sama. Sebagai contoh:

Perkhidmatan baharu pusat karaoke yang berunsur hiburan sama seperti dengan kelab malam, dewan tari menari & kabaret di bawah Kumpulan C.

Perkhidmatan pembrokeran dan penajajaminan yang pada masa ini hanya dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan diperluas untuk meliputi industri pembrokeran lain seperti broker kapal/kapal terbang, komoditi dan harta tanah.

Perubahan kadar CP daripada 6% kepada 8% tidak melibatkan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas serta menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat di negara ini.

Sebagai contoh perkhidmatan yang banyak digunakan oleh rakyat seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan parkir kenderaan kekal dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6%. Ini termasuk perkhidmatan baharu iaitu logistik yang akan dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6%.

Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi Kementerian Kewangan di sini.