Bila sebut tentang kad kredit, majoriti terus akan nampak kad kredit bahaya dan bukan sesuatu yang bawa bermanfaat.
Apa yang orang ramai tidak tahu sebenarnya adalah cara menggunakan kad kredit itu dengan betul. Kami bawakan Aznah Abas, seorang card credit enthusiast yang banyak berkongsi tentang ilmu kad kredit di platform TikTok.
Pelbagai topik dan isu hangat tentang kad kredit dijawab dalam sesi VOCCAST bersama Aznah Abas ini. “Berdasarkan statistik, muflis untuk pemegang kad kredit hanya 6%. Orang selalu dengar pengguna kad kredit ni selalu bankrap. Tetapi majoriti yang bankrap sebenanrya disebabkan personal loan.
“Kad kredit ni sama sahaja macam sistem pembayaran you yang lain. Cuma bila you ada ilmu tentang kad kredit, baru you tak takut dengan kad kredit ni. Lagi best bila you bayar guna kad kredit, boleh dapat cashback dan points bergantung dekat kad you,” kata Aznah.
Siapa yang perlu dengar VOCCAST ini? Pastinya anda yang mungkin mahu guna kad kredit tetapi masih takut-takut dan anda yang mahu belajar tentang kad kredit.
Kad kredit bahaya? Dalam situasi tertentu, kad kredit ini boleh selamatkan anda terutamanya ketika travel ke luar negara! Macam mana tu? kenalah tonton perkongsian VOCCAST ini hingga habis.
Yang penting selepas ada ilmu, kena disiplin dan berbelanja ikut kemampuan. Ambil tahu tentang ilmu kewangan lain di Cakna Duit. Semoga bermanfaat!