Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah dijemput untuk menyampaikan ucapan di Oxford Union dan sekaligus menjadikan beliau pemimpin Malaysia dan Asia pertama yang bakal berucap di Oxford Union yang dipilih secara demokratik.
Dalam video yang dikongsikan oleh Astro Awani ini, dapat dilihat pelbagai perkara dibincangkan antara Tun Mahathir dan Daniel Wilkinson, Presiden Kesatuan Oxford. Namun satu perkara yang menarik perhatian adalah apabila ada pelajar yang menyertai perbicangan ini bertanyakan pada Tun Mahathir tentang isu air Singapura dan beberapa masalah diplomatik antara Malaysia dan Singapura.
Pelajar berkenaan dilihat mahu menuding jari terhadap Malaysia yang dikatakan mahu menekan Singapura dalam isu air. Namun Tun M tenang menjawab setiap soalan yang ditanya oleh pelajar berkenaan. Tun M menjawab, sejak 1926, Singapura hanya membayar 1 sen Singapura (3 sen Malaysia) untuk setiap 1,000 gallon air (3,785 liter) yang diberi kepada Singapura.
Pelajar berkenaan terdiam apabila ditanya kembali oleh Tun M adakah masih relevan untuk membeli air sebanyak itu dengan harga yang sama sejak 1926? Terus ke minit 26:00 untuk mendengar penerangan Tun Mahathir berkenaan isu air ini. Apa pun jangan main-main dengan Tun M. Beliau ingat semua perkara yang berlaku di Malaysia.