Sekali sekala, apa kata hadiahkan yang tersayang sesuatu sebagai tanda kita sayang pada si dia. Di sini saya senaraikan 10 item yang saya rasa sesuai untuk diberi pada kekasih anda.

1. Sony Playstation 4


Siapa saja yang tidak suka permainan video. Sony Playstation ini sedikit sebanyak dapat buat pasangan anda duduk di rumah dan tidak buang masa di luar. Jadi pada yang dah berkahwin, anda boleh join sekali bermain permainan video ini.

Beli di sini.

2. Western Digital My Passport Ultra 1TB


Anda mungkin kerap bercuti dan kerap ambil gambar selfie atau gambar bersama. Apa kata anda hadiahkan yang tersayang memori luar ini. Secara tak langsung anda dapat backup gambar- gambar percutian anda daripada hilang. Betul tak?

Beli di sini.

3. Go Pro Hero 4 Session

3
Rasanya semua orang tahu tentang kualiti gambar dan video yang dihasilkan kamera Go Pro ini. Dengan saiznya yang kecil, ianya mudah dibawa ke mana- mana sahaja. Kalau anda pasangan yang sering melakukan aktiviti ekstrim dan mahu rakam aktiviti ekstrim anda itu, inilah kameranya! Waterproof dan tahan lasak.

Beli di sini.

4. Pineng PN-999 20000mAH Powerbank

4
Si dia asyik pinjam powerbank anda? Hadiahkan dia powerbank ini. Nanti tidaklah dia pinjam powerbank anda lagi.

Beli di sini.

5. 2 Piece Set Gold & Silver Stainless Steel Digital

5
Apa kata anda pakai jam yang sepadan dengan pasangan anda? Satu warna gold untuk si dia, satu warna silver untuk diri anda sendiri. Tiap kali anda tengok waktu di jam tangan, anda turut teringat pada si dia.

Beli di sini.

6. David Beckham Homme Eau De Toilette Spray

6
Nak pasangan anda wangi macam Beckham? Ini antara pilihan wangian untuk si dia. Mungkin pasangan anda akan lebih handsome daripada Beckham selepas pakai wangian ni.

Beli di sini.

7. LANCOME The Best of LANCOME Fragrances Set

7
Pening si dia asyik minta perfume dari anda? Set perfume ini didatangkan dengan 5 jenis wangian miniature yang senang di bawa ke mana- mana. Si dia pasti teruja.

Beli di sini.

8. JBL Go Portable Bluetooth Speaker (Orange)

8
Nak satu speaker yang mudah di bawa ke mana-mana? Speaker JBL ini memang best. Bluetooth saja ke telefon anda, dan anda boleh dengar playlist Spotify anda di speaker ini. Saya pernah cuba speaker ini dan qualitinya memang awesome. Boleh pakai ketika anda pergi berkelah.

Beli di sini.

9. Polaroid Dashcam C201 Relia-Cam 1080P Full HD

9
Dashcam ini cun untuk diberi dan diletakkan dalam kereta. Sebagai langkah keselamatan sekiranya berlaku kemalangan, anda ada bukti untuk accident tersebut.

Beli di sini.

10. LEGO Kids Star Wars Darth Vader Mini-Figure Alarm Clock

10
Pasangan anda mesti peminat tegar Star Wars. Pasti beliau sangat excited kalau jam ini ada dalam bilik tidurnya. Baru terasa seperti Kylo Ren bila bangun pagi.

Beli di sini.

Ini cuma idea daripada saya. Tetapi hadiah-hadiah ini bukan setakat boleh diberi pada pasangan anda tetapi sesuai jugak dihadiahkan pada ahli keluarga anda atau rakan-rakan anda. Rasa sayang bukan setakat sayang pada pasangan anda sahaja kan? Happy spending!