Ruang tamu dan laluan pintu masuk ataupun entryway adalah dua ruang pertama yang akan dilihat oleh tetamu yang mengunjungi rumah kita. Dua ruang ini cukup penting untuk make or break perasaan yang dibina semasa mendiami sesebuah rumah. Bayangkan, anda penat pulang dari tempat kerja, dan sejurus membuka pintu, sudah ternampak keindahan dan keselesaan ruang tamu dan entryway yang mewakili seluruh rumah. Pasti menarik, kan.
Di bawah dikongsikan 10 inspirasi untuk ruang tamu dan laluan pintu masuk oleh 2 pereka terkenal, Jonathan Adler dan Simon Doonan:
1. Entryway dengan latar belakang dinding turqoise bersama perabot berwarna putih

2. Entryway yang memaparkan cermin bercorak lengkung, meja konsol separuh bulan dan kerusi.

3. Rumah tamu dengan perabut dan dinding berwarna pastel, diberi sentuhan warna yang memecahkan kebuntuan.

BACA: Pernah Belajar Bidang Senibina Dorong Pasangan Ini Buat Dekorasi Sendiri Untuk Rumah
4. Perabot kemasan metalik dengan hiasan dan cermin berwarna emas menghiasi laluan masuk ini.

5. Ruang tamu yang seimbang dari segi warna dan bahan yang digunakan.

6. Gabungan 3 warna utama – hijau lumut, merah, dan putih disokong oleh warna-warna dan aksesori menjadikan ruang ini nampak seimbang, tetapi sedikit ‘nakal’.

7. Gabungan lama dan baru melalui elemen rustik kabinet pinggan mangkuk dan kerusi dan elemen moden cermin bulat dan kertas dinding yang bersinar di laluan masuk ini.

8. Hiasan laluan masuk menggunakan warna oren yang berani dan warna emas yang memberi kelembutan.

9. Penggunaan kertas dinding bercorak menyerlahkan lagi perabut putih dan aksesori yang digunakan.

10. Penggunaan pelbagai aksesori dan perabot menjadikan ruang ini tidak simetri, tetapi masih seimbang.

BACA Lagi: Idea Dekorasi Rumah Untuk Tahun 2015 Yang Berwarna-Warni