Negara sedang hangat dilanda fenomena trak makanan terutama di ibu negara. Pelbagai rupa dan saiz trak makanan yang digunakan oleh pengusaha. Saiz terkecil mungkin sebuah lori pasar malam jenama Daihatsu atau kenderaan seumpamanya buatan China. Tahukah anda rupa dan saiz trak makanan lebih kecil dan menarik di luar negara? Kebanyakannya van lama seperti jenama Volkswagen atau kenderaan khas jenama Citroen yang digunakan mengangkut binatang ternakan yang telah diubahsuai atau sebuah kenderaan beroda tiga yang memang khas dibina sebagai trak makanan. Mungkin rupa dan saiz mini trak makanan ini boleh dijadikan inspirasi untuk identiti bakal perniagaan makanan jalanan anda.
1. E-Tuk Vendo
Tuk Tuk Factory, sebuah syarikat Belanda telah mencipta E-Tuk Vendo, yang dikuasakan elektrik van gaya beca. E-Tuk Vendo ini biasa digunakan di India, Asia dan Afrika untuk food truck dan katering mobil. Kenderaan ini memiliki bumbung solar, penutup hujan dan sistem berkuasa untuk sinki dengan pam air, peti sejuk dan palam elektrik. Ia juga mempunyai 3 meter persegi kotak yang boleh diubah untuk jualan. Harga asas versi E-Tuk Vendo ialah Euro 24,000, dengan jangkamasa tiga hingga empat bulan untuk disiapkan.
2. Mozza & Co.
Food truck di Eropah lebih bersaiz kecil dan kompak. Contohnya Mozza & Co., yang mengetengahkan konsep mobile mozzarella bar. Pelanggan mendapat 4 jenis untuk dipilih seperti burrata dan dikombinasikan dengan pilihan salad dan sos seperti prosciutto dan basil. Pencuci mulut seperti tiramisu turut disediakan. Ini rekabentuk food truck kedua yang diminati penulis Vocket!
3. HMS Flake 99
Van ais krim jenis amphibious dengan kelajuan 5 knots dan diiringi lagu klasik Rod Stewart ‘We Are Sailing’ ini dikendalikan oleh Jamie Campbell telah melalui Sungai Thames, UK dan Terusan Venice, Itali. Selain menyediakan ais krim, HMS Flake 99 membawa misi yang lebiih besar iaitu kempen Minggu Kebangsaan Ais Krim dan penurunan angka penjual ais krim di jalanan kerana peningkatan zon larangan.
4. Green Coffee
Kenderaan ini digunakan meluas di Eropah direka oleh syarikat Citroen. Ia kelihatan menarik dan tough dengan garisan berulangan di badan kenderaan.
5. Blue Bedford
Kenderaan biru dan putih ini digunakan untuk menjual ais krim. Rupanya amat vintage! Dan unik dengan memiliki bonet rendah di depan dan lengkungan di atap membuatkan ia kelihatan pelik berbanding kenderaan masa kini.
6. Jafe Jaffles
Jafe Jaffles boleh ditemui di Sydney, Australia. Ia diasaskan oleh sekumpulan anak muda yang diketuai Luke Bridgeford dengan mengetengahkan makanan tradisional Australia. Mereka menggunakan van Volkswagen Kombi zaman Perang Dingin.
7. Bambou Track
Seperti yang anda lihat di bawah ini, permukaan trak ditutup dengan buluh kuning termasuklah stereng trak. Unik kan! Tahap rare dah begini.
8. Roving Mammoth
Roving Mammoth Burritos ini dicipta khas untuk jual makanan di kawasan pergunungan bersalji. Mereka fokus kepada pemain ski yang lapar dan mahukan burritos panas menjadi hidangan selera.
9. Westport Flea Market
Lihat sahaja kenderaan ini kita sudah tahu apa yang dijualnya. Rupa sandwich bergerak ini milik Westport Flea Market yang menjual pelbagai pilihan sandwich dan burger di jalanan bandar Kansas, Amerika.
10. Paris Food Truck
Majlis Perbandaran Paris dan Datuk Bandar Paris menyokong perniagaan trak makanan telah melancarkan panggilan bagi 40 trak makanan baru untuk tahun 2015. Konsep ini mendapat permintaan tinggi dan satu kejayaan besar bagi peniaga makanan jalanan. Jenama-jenama besar turut cuba menerokai niche ini termasuk Monoprix, Heinz, Richemont, Pantas dan Pierre & Vacances! Ini trak makanan favourite penulis Vocket! Ia kelihatan awesome, elegan dan kemas. Nampak simple tetapi ada nilai premium.
Mudah-mudahan penulis Vocket juga akan ada sebuah kenderaan seperti ini untuk dijadikan food truck! Amin! Membantu kembangkan niche ini secara inovatif dari segi rekabentuk kenderaan dan konsep selera menu yang original.
Sumber: Fine Dining Lovers, Mozza & Co., Thrillist, Daily Mail, Comet Camper, Nice Art Life, Thrillist 2, Restaurantemploi