Harga minyak adalah aspek penting yang memberi kesan langsung kepada kehidupan harian rakyat serta merintis kepada faktor kestabilan ekonomi bagi sesebuah negara.

Dalam suasana global yang menyaksikan harga minyak mentah sentiasa akan turun naik, terdapat beberapa negara masih mampu menawarkan harga petrol dan diesel dengan sangat rendah kepada rakyat mereka.

Baca Juga:

Pelbagai kaedah digunakan oleh pihak kerajaan sesebuah negara itu dalam usaha memberikan kesenangan buat rakyat mereka sama ada melalui subsidi kerajaan, pengeluaran minyak domestik yang tinggi, atau dasar fiskal unik serta responsif.

Adakah Malaysia masih tergolong dalam kelompok negara yang menawarkan harga minyak berpatutan kepada rakyatnya? Mari kita lihat satu persatu daripada senarai ini menurut sumber laporan Global Petrol Prices:

10 Negara Harga Minyak Termurah

1) Libya – RM0.119/liter

Meskipun kestabilan politik di negara ini masih bermasalah, Libya merupakan negara dengan simpanan minyak terbesar di Afrika.

Kerajaan Libya dapat mengekalkan harga bahan bakar pada kadar rendah melalui subsidi yang besar.

2) Iran – RM0.124/liter

Menurut sumber laporan Beautynesia, faktor membolehkan Iran menawarkan harga minyak semurah ini adalah didukung sumber minyak yang banyak serta pemberian subsidi daripada kerajaan.

Harga Minyak
general view of a gas station during a gas station disruption in Tehran, Iran, December 18, 2023. Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS

3) Venezuela – RM0.151/liter

Negara Amerika Selatan ini memiliki simpanan minyak mentah yang sangat besar.

Namun, hiperinflasi yang melanda Venezuela menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan bahan bakar walaupun harganya telah disubsidi oleh kerajaan.

Sehubungan dengan itu, difahamkan tidak mudah untuk mendapatkan petrol di negara ini.

4) Angola – RM1.415/liter

Selain Libya, Angola juga merupakan salah satu pengeluar minyak terkemuka di Afrika. Jadi tidak mengejutkan bahawa kerajaan Angola dapat mengekalkan harga minyak.

Subsidi besar daripada kerajaan turut membantu memastikan bahan bakar kekal mampu milik untuk rakyatnya walaupun jurang ekonomi masih menjadi isu utama di negara ini.

5) Kuwait – RM1.484/liter

Pemberian subsidi untuk kos bahan bakar merupakan sebahagian daripada program kesejahteraan sosial dilaksanakan oleh kerajaan Kuwait.

6) Algeria – RM1.504/liter

Algeria merupakan merupakan salah satu negara pengeksport minyak dan gas asli terbesar di dunia.

Walaupun subsidi yang diberikan oleh kerajaan berjaya mengekalkan harga bahan bakar pada kadar yang rendah, kebergantungan negara tersebut terhadap pendapatan daripada minyak menjadikan Algeria terdedah kepada turun naik harga minyak global.

Harga Minyak
FILE PHOTO: A general view of the El Sharara oilfield, Libya December 3, 2014. REUTERS/Ismail Zitouny

7) Mesir – RM1.619/liter

Mesir menyeimbangkan subsidi dengan menyesuaikan harga inyak secara berperingkat sebagai sebahagian daripada reformasi ekonomi.

8) Turkmenistan – RM1.853/liter

Kerajaan Turkmenistan mengawal harga minyak untuk memastikan ia mampu dimiliki oleh rakyatnya mereka dan menjadikannya lebih rendah berbanding purata global.

9) Malaysia – 2.050/liter

Subsidi yang diberikan oleh kerajaan merupakan usaha untuk mengekalkan harga pada tahap rendah sambil menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan kecekapan tenaga.

10) Kazakhstan – RM2.070/liter

Negara ini mendapat manfaat daripada simpanan minyak dan gas yang besar.

Sehubungan dengan itu, kadar pengeluaran dalam negeri serta kawalan harga yang berkesan memastikan bahan bakar kekal mampu milik untuk seluruh rakyat negara tersebut.