Itali mencatat rekod tertinggi kematian di peringkat Eropah dan dunia selepas lebih daripada 5,400 kematian telah dicatatkan di negara itu, mereka telah diserang teruk dengan wabak COVID-19.
Itali juga adalah kedua tertinggi negara yang paling teruk terjejas dengan coronavirus dan perintah berkurung sudah dikuatkuasakan di sana. Namun arahan itu tidak pandang serius oleh rakyat mereka dan ini mendatangkan marah pegawai tertinggi kerajaan.
My new favourite thing is Italian mayors and regional presidents LOSING IT at people violating quarantine. Here's an eng subtitled compilation. "I hear you wanna throw graduation parties. I'm gonna send the police over. With flamethrowers." #Covid19 #coronavirus pic.twitter.com/NbYuWePIVt
— 🌈 (@protectheflames) March 21, 2020
Situasi ini jelas menunjukkan sikap degil sesetengah rakyat Itali yang masih berkeliaran di luar. Sikap ini juga sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia di sini. Bezanya adalah jurang nombor di antara kita dan Itali.
Lebih daripada 14,500 orang telah meninggal dunia dari COVID-19 di seluruh dunia. Dianggarkan lebih 98,000 daripada 336,000 orang yang telah pulih dari penyakit ini di seluruh dunia, menurut Al Jazeera.
Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.
Tidak Cukup ‘Tangan’ Lawan COVID-19, Israel Mula Minta Bantuan Negara Islam
Acara Himpunan Tabligh Di Indonesia Batal, Semua Peserta Akan Dikuarantin
Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19