Seperti ramai sedia maklum, bank sememangnya tempat bagi orang ramai menyimpan wang. Mampu menyimpan wang dengan selamat serta mudah diakses antara yan membuatkan sesebuah bank menjadi pilihan.

Dalam pada itu, lain ceritanya di China apabila beberapa bank termasuk Bank Henan selaku antara bank terbesar di China telah membekukan wang simpanan penyimpan yang sekaligus menghalang penyimpan daripada mengeluarkan wang.

Difahamkan insiden yang berlaku disebabkan krisis ekonomi di negara berkenaan telah membuatkan wang pendeposit bernilai $40 bilion yuan (~RM26.74 bilion) dibekukan. Berikut merupakan video yang dikongsikan oleh aktivis kemanusiaan dari China.

Lebih membuat para penyimpan berang, pihak kerajaan seolah tidak bertanggungjawab dan menyebelahi pihak bank apabila tiada tindakan dalam mendesak wang penyimpan dilepaskan. Malah, media arus perdana juga diharamkan daripada melaporkan berita ini untuk pengetahuan umum.

Berikutan jumlah tekanan ekonomi serta kenaikan kes COVID-19 yang membuatkan orang ramai memerlukan wang tunai untuk dibelanjakan, sejumlah besar penyimpan di bank berkenaan telah mengadakan protes di bank tersebut. Tidak kurang juga yang sanggup ceroboh bank tersebut semata-mata mahu mendapatkan wang yan disimpan.

Melihat kepada peningkatan penunjuk perasaan, pihak kerajaan China telah mengarahkan pihak polis serta kereta kebal digunakan dalam menghalang pihak penunjuk perasaan ini.

https://www.youtube.com/watch?v=SlpC5OC0q_A

Sementara itu, pihak bank di China dilaporkan sudah mulai melepaskan semula wang para penyimpan dan pelabur bermula 15 Julai. Walau bagaimanapun, pelepasan wang tersebut bakal dilakukan secara berperingkat.

Insiden yang berlaku telah melibatkan beberapa bank di China ini turut dilabel sebagai antara scam bank terbesar dunia sekaligus menggugat pengaruh Xi Jinping sebagai Presiden China.

Kemas kini 22 Julai 2022: Meskipun dilapor oleh beberapa berita ternama dunia, terdapat pihak yang mendakwa kereta kebal di jalanan yang tular dalam video tersebut bukanlah berlaku di wilayah Henan bagi menghalang kumpulan yang membuat rusuhan terhadap bank sebaliknya merupakan video latihan untuk mendarat di Taiwan.

Sementara itu, demonstrasi di wilayah Henan masih lagi diteruskan sehingga kini dalam menantikan wang simpanan atau pelaburan mereka dapat dikeluarkan segera.

Tular pada minggu ini apabila Shaukat selaku ahli gusti profesional berjaya mendapat penghargaan dan ‘amaran’ daripada Undertaker selepas berjaya muncul sebagai penggusti terbaik Asia Tenggara.

Berjaya Jadi Penggusti Terbaik Asia Tenggara, Undertaker Tampil Beri ‘Warning’ Kepada Shaukat

‘Jatuh Pun Sopan’ – Netizen Terhibur Dengan Telatah Wanita Ini Yang Tergelincir Membawa Makanan