Buli merupakan satu masalah serius yang boleh memberi kesan mendalam terhadap emosi, mental, dan fizikal mangsanya. Walaupun sesetengah mangsa buli berani melaporkan kejadian buli yang dialami, ramai yang memilih untuk berdiam diri.
Sikap ini sering berpunca daripada ketakutan dan rasa tidak yakin terhadap sistem sokongan yang ada. Akibatnya, mangsa buli terus menderita dalam senyap tanpa mendapatkan bantuan yang sepatutnya.
Baca Juga:
- Kisah John Arne Riise Berdepan Dengan Pembuli
- 7 Gaya ‘Parenting’ Yang Membuli Anak Tanpa Disedari
- Atlet Muda Ini Kongsi Sisi Gelap Dibuli Senior
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ramai mangsa buli terus mendiamkan diri walaupun mereka sangat memerlukan pertolongan.
10 sebab mangsa buli susah buka mulut

Berikut adalah 10 sebab mengapa mangsa buli sukar untuk memberitahu orang lain tentang apa yang mereka alami:
- Takut dibalas dendam
Mangsa takut jika pembuli akan membalas dendam dan membuat keadaan lebih teruk jika mereka melaporkan kejadian itu. - Rasa malu dan rendah diri
Mereka berasa malu kerana dibuli dan menganggap diri mereka lemah atau tidak berharga.
- Takut tidak dipercayai
Mereka bimbang orang lain, terutamanya guru, ibu bapa, atau majikan, tidak akan percaya atau menganggap mereka hanya mengada-ngada.
- Merasa tidak ada sokongan
Mangsa mungkin berasa keseorangan dan tiada sesiapa yang boleh membantu mereka. Pada masa sama mereka beranggapan tiada siapa yang peduli atau mahu mendengar masalah mereka. - Takut dipersalahkan
Mereka risau orang akan menyalahkan mereka atas kejadian buli, seperti dikatakan lemah, terlalu sensitif, atau ‘cari masalah dengan pembuli.Sumber Gambar: Caleb Woods via Unsplash - Bimbang kena pulau
Sesetengah mangsa enggan melaporkan kerana takut digelar ‘pengadu’ atau ‘pengecut’ oleh rakan-rakan. Pada masa sama bimbang kehilangan kawan, lalu dipulaukan.
- Rasa tiada perubahan akan berlaku
Mangsa mungkin pernah cuba melaporkan sebelum ini, tetapi tiada tindakan diambil atau keadaan tidak berubah jadi lebih baik. Oleh sebab itu mangsa berputus asa dan memilih untuk berdiam diri.
- Tidak sedar bahawa mereka dibuli
Sesetengah mangsa tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya sedang dibuli. Terutama jika buli berlaku dalam bentuk psikologi atau siber (media sosial).
- Dipaksa atau diugut untuk berdiam diri
Pembuli mungkin mengugut mangsa dengan ancaman fizikal, menyebarkan rahsia, atau memalukan mereka jika mereka bercakap.
- Rasa takut kecewakan ibu bapa atau guru atau rakan sekerja
Mangsa mungkin takut ibu bapa akan kecewa atau marah kerana mereka menjadi mangsa buli. Pada masa sama takut ibu bapa, guru atau rakan sekerja akan menyalahkan dan bertindak keterlaluan terhadap pembuli, lalu menyebabkan situasi menjadi lebih buruk.

Apabila berlaku situasi buli, orang di sekeliling memainkan utama untuk membantu mangsa.
Amatlah penting untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan memberi sokongan supaya mangsa berani bercakap dan mendapatkan pertolongan untuk akhiri pembulian.
Jadi Buddy, Bukan Buli merupakan satu kempen khas oleh The Vocket untuk sama-sama menangani kes buli di samping menyediakan satu platform selamat untuk mangsa buli berkongsi luahan tanpa identiti didedahkan.
Layari www.thevocket.com/jadibuddybukanbuli untuk berkongsi luahan atau membaca perkongsian daripada pakar.
#JadiBuddyBukanBuli #KawanBukanLawan