Shamsul Ghau Ghau mendedahkan kenapa dia menghilang diri daripada industri seni selama 10 tahun. Menurutnya, dia memberi fokus kepada pengajian Al-Quran bagi mendapatkan sijil tauliah sebagai penceramah dalam tempoh tersebut.
Menerusi laporan, Shamsul telah mengambil inisiatif untuk mempelajari Al-Quran lebih mendalam sepanjang dia menghilang.
Baca Juga:
- Pernah Kelu Tidak Boleh Mengaji Al-Quran Depan Kaabah, Shamsul Lakukan Ini Sekarang
- Tular Reka Bentuk ‘Cover’ Album K-Pop Menyerupai Al-Quran, Pihak Agensi Tampil Mohon Maaf
- Lulus Ujian ‘Tebuk Ngaji’, Kelancaran Hafazan Al-Quran Jaa Suzuran Raih Pujian Netizen
Malah, dia turut menerima tawaran ke Mesir untuk pelajari Al-Quran, namun ditolak kerana ketika itu anaknya masih belajar dan ada yang sedang mengambil SPM.
@ohbulanofficial Shamsul Ghau Ghau menyatakan selama 10 tahun dia menghilang diri daripada industri seni adalah untuk memberi fokus kepada pengajian al-Quran bagi mendapatkan sijil tauliah sebagai penceramah. MasyaAllah 🤲🏻 #ohbulan #sembangentertainment
“Untuk ambil tauliah bukan mudah, ada dua ujian dan tempoh untuk keputusan selama setahun. Memang lama.
“Selama tempoh 10 tahun belajar al-Quran itu duit simpanan saya berjumlah RM300,000 habis saya gunakan.
“Dua buah biji rumah yang salah satunya kondominium, kereta dan motor juga habis saya jual. Semua itu untuk tampung keluarga.” ujar Shamsul.
Sekadar makluman, Shamsul menceritakan kisahnya ini ketika ditemubual oleh pihak media di separuh akhir Pentas Marhaban yang berlangsung di TV Al-Hijrah.