Pelakon Zarina Zainuddin akur apabila didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas enam pertuduhan memiliki dan menjual alat kosmetik tidak bernotifikasi.
Hukuman dijatuhkan selepas Zarina mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. Menurut laporan Harian Metro, bagi pertuduhan pertama Zarina didenda RM3,000; pertuduhan kedua (RM2,500); pertuduhan ketiga (RM3,000); pertuduhan keempat (RM2,500), pertuduhan kelima (RM3,000) manakala pertuduhan keenam (RM3,500).
Zarina dilihat menitiskan air mata memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya. “Saya sudah menutup syarikat itu dan hanya buat di rumah. Saya kini membuat perniagaan lain,” katanya.
Pendakwa dari Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Selangor, Ong Sally memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada Orang Kena Saman (OKS) iaitu Zarina. Ong menerangkan produk tidak bernotifikasi yang tidak diketahui kandungannya serta tidak berdaftar dengan Kementrian Kesihatan adalah sangat berbahaya dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada pengguna.
Bagi semua kesalahan itu, OKS didakwa mengikut Seksyen 18A(1) Peraturan peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang menjadi kesalahan di bawah Peraturan 18A (15) peraturan yang sama. Semoga dipermudahkan.
Ini pula beberapa produk komestik lain yang telah dikelaskan ‘bahaya’ oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Semoga anda lebih berhati-hati dalam membeli produk kosmetik selepas ini.
7 Produk Kosmetik Yang ‘Merbahaya’ Untuk Digunakan Menurut KKM
11 Produk Kosmetik Ini Mengandungi Racun Berbahaya Dan Ditarik Dari Pasaran Oleh KKM