Majoriti warga tua masih mempercayai perubatan atau suplemen kesihatan yang dijual oleh individu atau syarikat tertentu. Dengan bermodalkan imej agamawan atau doktor, suplemen kesihatan tanpa berdaftar didapati dijual secara terbuka di media sosial.
Terkini, seorang pengguna X bernama Helmie Haqiem berkongsi tentang kisah ibu bapanya yang ‘gian’ membeli segala suplemen kopi tidak berdaftar atau tidak diketahui sumbernya yang dijual di dalam pasaran.
Baca Juga:
- 16 Tahun Makan ‘Produk Sampah’, Wanita Hidap Kegagalan Buah Pinggang Perlu Dialisis Seumur Hidup
- Pernah Jadi Founder, Perempuan Ini Dedahkan Penipuan Dalam Modus Operandi Bisnes Timbang Kilo
Beliau berseloroh dengan mengatakan terpaksa menjadi inspektor kesihatan untuk menyemak setiap suplemen kopi yang disimpan oleh ibu bapanya apabila pulang ke kampung.
Beliau turut berkongsi video dan gambar yang memperlihatkan sejumlah suplemen kopi kesihatan yang dipercayai boleh merawat penyakit kronik tertentu.
Aku kalau balik kampung rumah mak abah aku, memang jadi inspektor Medikal ya.
Diorang ni makin menjadi jadi tau beli segala supplement lah kopi lah.
Gerammmm jeee aku tau.
Tgk laa ni kemain banyak yaa. pic.twitter.com/2wyjsr7IEu
— H E L M Y (@helmihaqiem) January 17, 2024
Ternyata, hantaran yang dikongsikan telah meraih perhatian warganet dan majoriti bersetuju bahawa mereka turut menghadapi isu yang sama.
Susulan itu, ramai mula berkongsi cerita dan meluahkan kerisauan akan kelakuan ibu bapa mereka yang terlalu mudah mempercayai promosi suplemen kesihatan seperti kopi atau pil yang dilihat terutamanya menerusi media sosial.
“Bapa aku masuk 59 tahun ni. Aku perhati dari dulu dalam 2022 sampai sekarang asyik order yang bukan-bukan seperti ubat gatal la, hilangkan kudis la. Lepas tu, bapa aku suruh tolong belikan dekat TikTok Shop. Aku dah nasihatkan guna je ubat dari hospital tapi bapa aku mengeluh”, luah seorang pengguna maya.
“Sama la mak I suka sangat beli produk dekat Facebook. Produk titis mata. I cakap pergi je hospital…sampai tahap dia takut nak suruh I beli”, kongsi seorang pengguna lain.
“Perkara ini memang sudah susah nak halang dari beli. Mak-mak ni pantang kalau yang jual ni ustaz-ustaz memang sah percaya 1000% lalu beli. Harga dah la mahal. Bila kita tak bagi beli kena marah balik sebab tak percaya dekat ustaz tu,” ujar pengguna lain yang turut dimarahi oleh maknya hanya kerana tidak mempercayai suplemen yang dijual oleh agamawan.
Dalam pada itu, sebahagian warganet menasihati orang ramai terutamanya anak-anak untuk berkeras menghalang ibu bapa mereka dari membeli suplemen kesihatan yang tidak diketahui sumber dan ramuannya.
“Tolong tegas dengan emak ayah. Cuma jangan kasar sangat lah hahaha. Dulu arwah abah macam ni juga lah. Pamoga la apa lah akibatnya gula naik,” nasihat seorang warganet berdasarkan pengalaman dengan ayahnya.
“Kesian tengok kat Malaysia ni orang asyik perguna rakyat-rakyat yang tidak tahu dalam bab kesihatan ni,” komen seorang warganet yang turut bersimpati dengan sebahagian rakyat Malaysia mudah terpengaruh berkaitan suplemen kesihatan.
“Tolong la bagitau. Benda ni semua rosakkan ginjal,” mesej ringkas seorang pengguna lain.
Difahamkan pengambilan suplemen kesihatan tanpa pengawasan dan nasihat yang lebih arif boleh mendorong kepada masalah kesihatan yang lebih kronik seperti kegagalan buah pinggang atau kandungan gula berlebihan.