Facebook telah membelanjakan hampir AS$23.4 juta (RM100 juta) bagi membiayai kehidupan CEO Mark Zuckerberg sepanjang tahun 2019. Kebanyakkan kos yang ditanggung adalah melibatkan keselamatan dan jet peribadi.

Dipetik dari Free Press, kos sara hidup Zuckerberg merangkumi perbelanjaan yang terdiri daripada AS$10.4 juta untuk keselamatan di rumah dan ketika melakukan perjalanan. AS$10 juta lagi untuk keselamatan khas, dan AS$2.95 juta lagi bagi membiayai pesawat peribadi Zuckerberg.

Dilaporkan bahawa kos untuk menanggung cara hidup Zuckerberg dan keluarga terus meningkat setiap tahun. Pada 2017, kos sara hidup Zuckerberg adalah AS$9.1 juta manakala pada 2018 ia meningkat dengan mendadak iaitu AS$20 juta.

Kos hidup Zuckerberg yang tidak lulus ketika belajar di Universiti Harvard ditanggung sepenuhnya oleh syarikat yang ditubuhkan olehnya. Alasannya adalah kerana dia hanya menerima gaji sebanyak AS$1 dari Facebook.

Sementara Sheryl Sandberg yang berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Facebook juga dibiayai oleh syarikat itu. Pada tahun 2019, kos keselamatan peribadi Sandberg mencapai AS$4.37 juta. Angka ini termasuk kos penumpang, bahan api penerbangan, pembantu, dan katering makanan.

Untuk bacaan lanjut mengenai Mark Zuckerberg, klik pautan di bawah.

Mark Zuckerberg Akui Menyesal Tidak Mengikuti Langkah WeChat

Kylie Jenner Mengatasi Mark Zuckerberg Sebagai Bilionair Termuda

Remaja Ini Tolak Tawaran RM35 Juta Untuk Sertakan Iklan Pada Laman ‘Live’ COVID-19

 

Sumber