Semalam tular satu perkongsian video yang dibuat oleh netizen menunjukkan rakaman seorang wanita yang kelihatan seperti sedang mengamuk selepas keretanya ditarik.
Kiriman itu kemudiannya tersebar luas di media sosial dan melalui semakan di Facebook, ia telah pun dikongsi lebih 22,000 kali dan mendapat 13,000 komen.
Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam video terbabit disebarkan, tampil pula satu perkongsian oleh netizen-netizen di alam maya yang meminta untuk menghentikan penyebaran video itu.
Bukan saja meminta agar video tersebut dihentikan penyebarannya namun turut mendedahkan wanita itu sebenarnya mengalami tekanan jiwa selepas melalui beberapa episod duka dalam hidupnya sebelum ini.
Wanita itu dikatakan pernah bekerja sebagai seorang pensyarah di pusat matrikulasi sebelum suaminya melarikan diri bersama anak pertamanya.
Tidak cukup dengan itu, anak keduanya turut meninggal dunia selepas dilahirkan dan dia ditinggalkan untuk hidup berseorangan selepas perceraian tersebut.
“Dia menahan kesakitan yang sangat mendalam.
“Jadi kepada sesiapa yang merasakan perkara ini sebagai satu jenaka, saya berharap anda tidak melalui apa yang pernah dilalui wanita ini,” kata pesanan tersebut.
Perkongsian itu juga berkata permintaan untuk menghentikan penyebaran video tersebut bukanlah bagi memberi lampu hijau kepada mereka yang mengalami tekanan untuk berbuat sesuka hati.
Baginya, undang-undang tetap terpakai buat sesiapa sahaja namun ingin menjelaskan sebab sebenar kenapa wanita tersebut dilihat seperti sedang mengamuk ketika itu.
“Saya cuma cerita di sebalik tabir kehidupan akak ni dan sebab kenapa dia melenting begitu sekali memandangkan ramai yang mentertawakannya.
“Sedangkan dia berada dalam keadaan yang sangat sedih sekali,” katanya.
Dia kemudiannya dalam perkongsian tersebut meminta agar netizen membuat laporan terhadap kiriman video asal tersebut dan turut memberitahu langkah-langkah untuk berbuat demikian.
Pernahkah anda terfikir bagaimana kereta-kereta yang dipamerkan di pusat jualan atau pusat membeli-belah dimasukkan ke dalam ruang pameran? Jika masih tidak tahu apa kata klik pautan di bawah untuk membaca perkongsian jurujual ini.
Ini Cara Jurujual Masukkan Kereta Pameran Ke Dalam Pusat Membeli-Belah
Depresi Membunuh Jiwa, Bagaimana Saya Bangkit Melawan Dugaan Ini