Sebut mengenai Facebook dan Mark Zuckerberg mungkin satu dunia mengenalinya. Disebalik jumlah penggunanya yang tinggi, Mark Zuckerberg nampaknya turut kehilangan pengguna pada tahun lalu berikutan kesilapan beliau bersekongkong bersama Cambridge Analytica.
Pada tahun ini, Mark Zuckerberg secara terbuka telah mengakui menyesal tidak mengikuti langkah dan strategi yang dibuat oleh aplikasi permesejan China iaitu WeChat yang memfokuskan kepada privasi pengguna secara end-to-end encryption.
Dalam usaha untuk menawarkan pengalaman pengguna yang lebih privasi, Facebook dijangka akan memberi penekanan kepada panggilan video secara berkumpulan, Facebook groups, stories serta Facebook for business.
Jika dibandingkan bersama WeChat, aplikasi ini mula dibangunkan sebagai aplikasi permesejan namun berdasarkan jumlah pengguna yang meningkat, syarikat ini berjaya melebarkan model bisnes kepada beberapa fungsi lain seperti penawaran teknologi e-wallet, e-hailing, penghantaran makanan serta lain-lain lagi.
Berdasarkan pelan terbaru Mark Zuckerberg, agak menarik untuk menyaksikan bagaimana pasukan Facebook akan menyeimbangkan usaha untuk menawarkan privasi kepada pengguna serta meraih keuntungan dalam memperkenalkan beberapa fungsi terbaru.