Kemunculan dua buah kapal terbang di kawasan lapang berdekatan Kempas, Johor Bahru telah mengundang tanda tanya netizen pada satu ketika dahulu.

Pada tahun 2019, dikhabarkan dua kapal terbang tersebut mahu dijadikan sebagai restoran tetapi seperti tiada perkembangan. Untuk pengetahuan anda, kapal terbang tersebut dikatakan pernah terbiar selama 10 tahun di Lapangan Terbang Senai sebelum dilelong.

Berdasarkan laporan, selepas beberapa tahun dibiarkan begitu sahaja di kawasan lapang, kapal terbang 747 tersebut bukan hanya dijadikan restoran tetapi akan diubahsuai menjadi sebuah hotel bersama sebuah restoran.

Bukan itu sahaja, taman berdekatan kawasan lapang tersebut turut dalam perancangan untuk dibaik pulih. Akan tetapi, tiada maklumat lanjut bila projek ini akan selesai dan bakal dibuka kepada umum.

Pastinya konsep yang di bawa sudah cukup menarik minat ramai orang untuk berkunjung ke hotel dalam kapal terbang ini. Adakah anda akan menjadi yang terawal mencuba jika ia sudah mulai dibuka?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Raikan Persahabatan Dua Negara, Taman Di Shah Alam Dibina Berkonsepkan Seni Bina Jepun

Terbesar Di Malaysia, ‘Maze Park’ Di Perak Ini Bakal Jadi Tumpuan Terbaru Pelancong

Hotel Angkasa Lepas Pertama Lengkap Dengan Pawagam Dijangka Siap Sekitar 2027

Sumber