Tempoh hari, kami ada berkongsi dengan anda nukilan pengalaman oleh seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia iaitu Dr Othman Talib.

Perkongsiannya mengenai kerja kursus dan penulisan tesis telah mendapat respon yang positif daripada para pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah. Kebanyakannya dapat mengaitkan situasi yang mereka alami dengan apa yang telah ditulis oleh pensyarah tersebut.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Selain itu, perkongsian Dr Othman Talib juga turut memberi kefahaman kepada pelajar baru mengenai selok-belok dunia pascasiswazah yang amat memerlukan sikap berdikari yang tinggi.

Terbaru, kami ingin kongsikan satu lagi buah fikiran yang ditulis oleh Dr. Othman Talib sewaktu berada di Tanah England. Nukilan terbaru oleh beliau ini telah menyenaraikan 10 tanda-tanda seorang pelajar pascasiswazah mencintai penyelidikan dan penulisan tesisnya. Jom baca berikut untuk ketahui sama ada anda pelajar yang mencintai research dan tesis ataupun tidak!

——————————————————–

Research and thesis: Don’t just LIKE it, but LOVE it!

Dua perkataan di atas bermakna SUKA dan CINTA. Ramai yang teringin untuk menyambung pelajaran bagi menambah pengetahuan, menjejaki langkah kawan-kawan atau kerana keperluan dalam pekerjaan.

Apapun alasannya, menyambung pelajaran sebagai pelajar master mahupun PhD bukan sekadar suka, tetapi perlu dipupuk sehingga menjadi satu CINTA.

Kenal 10 tanda-tanda anda MENCINTAI research dan penulisan tesis:

Tanda 1. Berusaha mempelajari kemahiran apa sahaja berkaitan penulisan tesis dan research. Seawal mungkin. Ya, apa sahaja! SPSS, MENDELEY, EndNote, NVivo, EView, SAS, RASCH dan lain-lain.

Tanda 2. Setelah mempelajari kemahiran di atas, lalu mempersiapkan diri ke tahap terbaik dengan mengumpul journal, memahami dan membaca serta menganalisis. Menguasai theory secara mendalam, bukan sekadar “so-so”. Sedikit tidak faham akan mengundang panik. Lalu segera diatasi dengan bertanya, membaca, berbincang dan berinteraksi dengan pihak yang lebih tahu.

Tanda 3. Ketika mempersiapkan diri, minda fokus sepenuhnya bukan sambil lewa atau relax tahap dewa sehingga semuanya lewat.

Tanda 4. Bila anda membaca 3 jam terasa seperti 30 minit sahaja. Malah anda tak perasan pun masa berlalu terlalu cepat. Terasa tidak puas.

Tanda 5. Anda tidak sabar-sabar menunggu untuk memulakan lagi tugas menulis dan menjalankan research. Menunggu bagi anda satu penyeksaan dan meresahkan siang dan malam anda.

Tanda 6. Tiada apa yang dapat menghalang anda dari meneruskan pembacaan dari pelbagai sumber, penulisan, menyiapkan diri untuk menjalankan kajian dan berusaha memahami apa sahaja.

Tanda 7. Anda sedar anda tidak perfect. Tetapi jika anda tahu kelemahan diri, melakukan kesilapan, anda bersegera membetulkan keadaan kerana anda sentiasa berusaha untuk menjadi sesempurna mungkin.

Tanda 8. Anda juga tidak melenting jika ditegur. Tidak mudah melatah bila dikritik. Malah mengucapkan terima kasih kerana membantu anda menjadi lebih sempurna.

Tanda 9. Pengorbanan wang ringgit, tenaga dan masa bukanlah sesuatu yang terlalu sukar. Malah jika terpaksa, anda sangguh berabis untuknya.

Tanda 10. Anda meletakkan keutamaan dalam menyempurnakan apa sahaja tugasan penulisan dan research. Bukan mencari alasan apatah lagi procastination.

Inilah 10 tanda-tanda anda mencintai apa yang anda buat sebagai calon master/PhD, bukan sekadar suka-suka.

Makin kurang tanda yang anda miliki, makin kurang cinta anda…

OT – nukilan ini terhasil ketika aku dalam train dari London ke Middle East Parkway.

——————————————————–

Kredit: Dr. Othman Talib, dengan izin.