Nota Editor: 10 tip travel ke lokasi menarik yang dipaparkan dalam filem Dilwale ini telah dikongsikan di Facebook Page The Jetsetters. Kami kongsikan semula di Vocket dengan izin daripada penulis asal. Semestinya peminat filem ini pasti turut teruja mahu travel ke sana.
Mengembara Ke Iceland Bersama Dilwale
Bagi peminat filem terbaru Shah Rukh Khan dan Kajol, pasti kagum bukan dengan keindahan alam dalam klip video lagu ‘Gerua’ salah satu lagu dalam filem ini.
Klip ini dirakam di Iceland (antara negara favourite The Jetsetters) & apa kata kami bawa anda mengembara ke lokasi klip berkenaan.
Ia dirakam di sekitar Vik di province Sudhurland di selatan Iceland & Austurland (timur Iceland). Terletak dalam jarak 150-500km dari Reykjavik, ibu negara Iceland.
Perjalanan kita ni sangat mudah. Ia hanya melalui jaringan jalanraya utama yang mengelilingi pulau Iceland yang dikenali sebagai ‘Ring Road’.
OK, kita bermula dari Reykjavik. Kita akan memandu menuju ke arah Vik melalui Route 1 atau Ring Road tadi.
Persinggahan pertama kita adalah Seljalandsfoss Waterfall yang terletak kira-kira 120km (dalam 1 jam setengah) dari Reykjavik.
1. SCENE MENARI DI BELAKANG AIR TERJUN – Seljalandsfoss Waterfall
Dalam scene air terjun, perasan tak yang mereka menyanyi di depan air terjun, dan ada yang mereka berada di belakang air terjun kan. Yang part menari di belakang tu adalah di Seljalandsfoss ni.
Air terjun ni senang nak cari kerana kita boleh nampak ia dari Ring Road.
Seterusnya kita sambung pemanduan sejauh 28 kilometer. Kita akan sampai ke Skógafoss Waterfall.
2. SCENE MENYANYI DI AIR TERJUN – Skógafoss Waterfall
Sama seperti Seljalandsfoss, air tejun ini juga kita boleh nampak dari jalan besar. Nak panjat ke atas macam SRK dan Kajol? Pun boleh!
Dah selesai feeling-feeling di kedua-dua air tejun tu, kita sambung pula perjalanan ke tempat bangkai kapal terbang di Sólheimasandur. Dalam setengah jam perjalanan (40km) dari Skógafoss.
Di Iceland ni banyak lagi air terjun yang menarik seperti Gulfoss, Godafoss, nanti singgah juga la ya.
3. BANGKAI KAPAL TERBANG – Sólheimasandur
Ia terletak di antara Skógafoss dan Reynisfjara. Bangkai kapal terbang ini adalah yang sebenar kejadian. Bukan rekaan ataupun CGI.
Kejadian ini berlaku pada tahun 1973 bila seorang juruterbang Navy US Army terpaksa landing di situ kerana ada masalah semasa penerbangan. Tiada nyawa terkorban. Dan bangkai ini sekarang jadi salah satu tourist spot. Ambil gambar le apa lagi.
Lepas tu ke mana pula kita? Ingat tak burung putih berterbangan di pantai pasir hitam? Ya, itulah destinasi kita seterusnya. Reynisfjara Beach kira-kira 22km dari Sólheimasandur.
Baca: Keunikan Iceland Umpama Anda Mengembara Ke Pelusuk Dunia Berbeza
4. SCENE PANTAI BERPASIR HITAM, BURUNG PUTIH – Black Sand Beach, Reynisfjara Beach
Ia adalah top attraction di Vik. Mesti-pergi kekdahnya. Kenapa pantai ni boleh jadi warna hitam? Ia adalah hasil dari kegiatan gunung berapi yang menghasilkan pepasir basalt di sepanjang pantai itu. Pantai ni mendapat jolokan pantai non-tropika yang tercantik tau!
Ha, kalau nak feeling-feeling Iceland boleh jugak ke Pantai Pasir Hitam Langkawi. Ambil gambar macam SRK, orang bukan tau pun, kehkehkeh.
Dan di sini juga ada…..
5. SCENE MENARI DI BASALT COLUMN – Reynisfjara Beach
Terletak di lokasi yang sama, kolum atau tiang-tiang berbentuk heksagon ini adalah hasil aktiviti gunung berapi beribu tahun dulu. Rakyat tempatan ada kisah tersendiri tentang tempat ini.
Selain Iceland (ada banyak tempat macam ni di Iceland), basalt column sebegini ada di banyak lokasi lain di dunia seperti Giant’s Causeway di Ireland, The Cliff of Stone Plates di Vietnam, Jusangjeolli di Pulau Jeju dan banyak lagi.
Ya, seterusnya kita perlu bersedia kerana perjalanan kali ni agak jauh sedikit. Kira2 200km jaraknya. Agak-agak dalam 2 jam setengah perjalanan dan kita harus bersedia untuk bersejuk-sejuk di…
6. SCENE ICEBERG – Jökulsárlón
Ia adalah sebuah lagun glacier yang sangat besar di Iceland. Ia memang sangat-sangat-sangat cantik. Tengok dalam gambar pun dah cantik, bila tengok depan mata, rasa taknak berkelip-kelip. Di sini juga ada boat tour kalau nak tengok glacier ni dari jarak dekat.
Kalau nak hiking atas glasier, boleh lah patah balik ke Skaftafell, dalam 60km macam tu. Pakai kasut bergerigi dan jalan-jalan atas glasier. Syiok ooo.
Dah habis kagum dengan Jökulsárlón, kita ke stesen terakhir yakni Vestrahorn yang terletak dalam 85km dari Jökulsárlón. Sampai di sini jangan lupa buat magik dengan…
7. SCENE MENARI ATAS AIR – Vestrahorn
Berhampiran Gunung Vestrahorn tu adalah lagun cetek yang cecah kaki ala-ala jalan atas air. Lagun ni bersambung dengan Lautan Atlantik. Jangan terjun laut sudah.
Berhampiran tempat ini terletaknya bandar Hofn. Sila ke sana dan nikmati linguini! (Lobster kecil). Memang puas hati.
Fuhh, tamat juga pengembaraan kita bersama Dilwale di Iceland kan. Jangan lupa pastikan kad memori kamera tu tak penuh, bawa kad & bateri spare. Nak bawa kain sari atau selendang panjang-panjang pun boleh. Barulah Dilwale!
8. BAGAIMANA NAK KE ICELAND DARI MALAYSIA?
Tidak ada direct flight dari KLIA ke Iceland. Anda boleh rujuk aggregator seperti Sky Scanner untuk tambang & kapal terbang yang paling memenuhi kehendak ekonomi. Average tiket return dari KL ke Iceland adalah dalam RM4000+ seorang.
9. BAGAIMANA NAK MENIKMATI DILWALE DI ICELAND
Cara terbaik dan fleksibel ialah dengan menyewa kenderaan & memandu. Ya, seperti yang kita dah buat tadi.
10. WAKTU TERBAIK BERKUNJUNG KE ICELAND
Seperti kata pepatah “The is no bad weather, only inappropriate clothing”, tiada waktu adalah waktu terbaik ke Iceland, bergantung kepada objektif masing-masing.
Namun begitu, di bawah ni sedikit panduan:-
• Siang yang sangat panjang di musim panas (midnight sun) – Jun & Julai
• Low season (penginapan lebih murah, sewa kereta lebih murah) – musim luruh yakni dari hujung September
• Aurora Borealis – dari Januari hingga Mac & September hingga Oktober, semasa fenomena ekuinoks (check dulu aurora forecast)
• Iceland berais – Disember hingga Februari
• Malam yg sangat panjang – November hingga Januari
Macamana? Cukup teruja?
The Jetsetters mendoakan followers The Jetsetters yang mempunyai Iceland dalam bucket list dapat jejak kaki ke sana ya. Ameen.
Baca lagi: Dilwale: Kisah Percintaan Pasangan Pertengahan Umur