Sejak pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh warga Singapura semasa masuk Malaysia baru-baru ini, pihak berkuasa akan menghalang warganegara tersebut daripada keluar dari negara ini dan boleh ditangkap jika mempunyai saman tertunggak trafik dan saman berstatus waran tangkap, lapor Harian Metro.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, sehingga kini sebanyak 108,757 saman masih belum dijelaskan berbanding saman yang dikeluarkan iaitu 143,427 saman sejak 2016 sehingga 2021.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

“JSPT ingin mengingatkan kepada semua pesalah trafik warga Singapura bahawa mereka boleh dihalang keluar dari negara ini sekiranya mempunyai saman tertunggak sama ada Pol 170A atau Pol 257 berdasarkan di bawah Seksyen 66J Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 24(4) Akta Polis 1967.

“Sementara itu, jika pesalah trafik mempunyai saman berstatus waran tangkap, polis akan menangkap mereka dan dituduh di mahkamah. Sekiranya tidak dapat dituduh pada hari sama, pesalah trafik berkenaan akan ditahan jika tidak dapat mengemukakan penjamin dalam kalangan warga Malaysia, sebelum dituduh keesokan hari,” terang beliau dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tambah Datuk Mat Kasim lagi, pihaknya sentiasa mengadakan Operasi Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA) bagi mengambil tindakan terhadap pesalah trafik warga Singapura sama ada berskala besar yang membabitkan semua kontinjen atau sederhana yang dilakukan oleh kontinjen Johor sepanjang tahun.

“Sehubungan itu, saya menyangkal isu saman tertunggak terkait dengan kelemahan penguatkuasaan. Perkara yang turut menyumbang kepada saman tertunggak ialah notis saman gagal disampaikan berikutan tidak mempunyai alamat pesalah trafik berkenaan bagi membolehkan saman diposkan kepada mereka.

“Selain itu, kemungkinan terdapat kenderaan yang dikeluarkan saman oleh polis sudah dilupuskan apabila sampai tempohnya, iaitu lima tahun berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa di Singapura,” terang beliau.

Polis Buka Kertas Siasatan Cari Pemandu BMW Singapura Memandu Secara Melulu

Di samping itu, pihaknya juga mengalu-alukan pelaksanaan pendaftaran kenderaan warga Singapura oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Sistem Kutipan Caj Jalan (RC) dan Rekod Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) yang berkuat kuasa di pintu masuk sempadan negara tidak lama lagi.

Melalui sistem ini, PDRM akan mendapatkan maklumat pesalah trafik bagi membolehkan notis saman dapat disampaikan kepada pesalah trafik. Sistem ini juga akan mengimbas nombor pendaftaran kenderaan warga Singapura yang memasuki sempadan Malaysia serta memaparkan jumlah saman tertunggak dan mereka dihalang keluar sehingga semua saman dijelaskan berdasarkan peruntukan undang-undang.

Mod ‘Auto-Pilot’ Dilarang Di Malaysia, PDRM Akan Buka Kertas Siasatan Terhadap Pasangan Singapura

Bagi membantu pihak berkuasa melaksanakan tugasan dengan lebih efisien, JSPT telah meningkatkan peralatan penguat kuasa yang lebih moden dan berkesan iaitu dengan menggunakan 40 alat Pengimbas Nombor Pendaftaran Kenderaan (iCOPS).

Pengimbas itu digunakan bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai saman tertunggak dan saman berstatus waran tangkap. Ia dihubungkan terus kepada pangkalan data dan dapat mengesan kenderaan hilang atau yang dilaporkan curi termasuklah kenderaan klon.

Untuk meningkatkan kecekapan dan keselamatan pengguna jalan raya pula, JSPT turut menggunakan Peralatan Pengesan Had Laju (In-Car Radar) yang dipasang pada kenderaan peronda bagi menangani kesalahan memandu melebihi had laju dan mengeluarkan saman terhadap pesalah trafik berkenaan pada ketika itu juga.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Lihat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh warga Singapura semasa baru masuk semula ke Malaysia sehingga mencetuskan kemarahan netizen negara ini.

Anggota KPDNHEP Sedia Pantau Stesen Minyak Berhampiran Sempadan Utara-Selatan Malaysia

Geng Konvoi BMW Singapura Pandu Secara Berbahaya Undang Rasa Tidak Puas Hati Orang Ramai

CCTV Rakam Pemandu BMW Singapura Sengaja Buang Air Kecil Di Tempat Terbuka

Sumber