Tidak dapat dinafikan bahawa penularan wabak pandemik COVID-19 memberi kesan kepada pelbagai sektor dan juga menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan.
Ahmad Rashidi Mohd Nazri sebelum ini bekerja sebagai seorang juruterbang pesawat komersial di sebuah syarikat penerbangan komersial terkemuka yang berpangkalan di Abu Dhabi, Emriah Arab Bersatu (UAE) sebelum menyertai skim pemberhentian kakitangan susulan pandemik Covid-19.
Kini, beliau bekerja sebagai pemandu van jenazah dan tidak kekok memulakan kerjaya baharunya. Difahamkan, Rashidi bertemu dengan Mohd Zulhairi Zainol yang menjadi sukarelawan pengurusan jenazah percuma Amalteam, lalu menawarkan diri untuk menjadi pemandu van jenazah bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan.
Menerusi temu bual Harian Metro, Rashidi memaklumkan bahawa sejak Julai lalu beliau kembali ke tanah air dan meneruskan kehidupannya sambil mencari peluang lagi untuk kembali menyarung seragam juruterbang yang sudah sebati dengan jiwanya.
Walaupun sudah tidak lagi bergelar juruterbang, namun dia puas dengan apa yang dilakukan kepada masyarakat kini. Malah, beliau juga berharap keadaan akan kembali pulih dan dapat meneruskan kerjaya sebagai juruterbang di awan biru sekali lagi pada masa akan datang.
Ketika ini, ramai yang terkesan dengan penularan wabak pandemik COVID-19, semoga anda jadikan kisahnya sebagai inspirasi untuk tidak putus asa dalam mencari rezeki.
Kami ingin kongsikan beberapa kisah inspirasi untuk anda baca. Klik pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.
Kisah Seorang Bangladeshi Yang Mahu Mencari Rezeki Dianiaya Oleh Rakan Senegara
Bukan Sekadar Doktor Viral, Ini Kisah Dr. Say Dalam Dunia Bina Badan Yang Digemarinya