Terdahulu, Adib Aidil pernah mencipta fenomena apabila aksinya sebagai peniaga pisang goreng menyengetkan kepala sambil bertanya menu menjadi bualan ramai sehingga kedainya viral.

Terbaharu, dalam satu video TikTok yang dimuat naik oleh @anaqahif memaparkan dirinya bersama Adib sudah menjadi rakan sekerja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@anaqahif

Always nice to fly with friends 🫶🏻 All the best for your IOE @dibndib #biasamaksudnya 😂

♬ Taylor Swift megamix lyrics and song titles P2 – Silvy | Taylor Nederland

@bananadibs

Bestnya jadi abang kebab …

♬ original sound – Banana Dibs 🍌 – Banana Dibs 🍌

Menerusi video terbabit, Adib terlihat segak memakai baju seorang juruterbang dan difahamkan kini Adib sudah memulakan kerjayanya dalam Malaysia Aviation Group (MAG).

Susulan penularan video terbabit, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Adib kerana telah memulakan kerjaya baharu dan cita-citanya sudah tercapai.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mendoakan kejayaan Adib dalam apa-apa bidang yang di ceburi dan bangga dengan pencapaiannya.