Setiap individu pasti mempunyai cara tersendiri untuk berkongsi rezeki mengikut kemampuan masing-masing. Buat mereka yang berkemampuan dari segi kewangan, sudah pastinya sedekah pada bulan Ramadan ini antara yang dinanti-nantikan.

Dalam pada itu, seorang usahawan berjaya mendapat perhatian ramai mengenai cara beliau berkongsi rezeki di mana beliau memilih untuk menawarkannya kepada para pembantu rumah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi video yang dikongsikan pada TikTok @farahwen, usahawan ini dilihat menawarkan hadiah bonus sebanyak RM30,000 kepada 3 pembantu rumah beliau.

@farahwen

A day in their life 😱 Sayang banget sama kalian! #fyp

♬ Rahmatun Lil’Alameen – Maher Zain

Bukan itu sahaja, pembantu rumah beliau turut dibawa bersama bercuti di sebuah pulau yang menawarkan penginapan yang mewah. Lebih hebat, perjalanan menuju ke tempat penginapan mewah ini dibawa menaiki helikopter.

Kemewahan yang dilimpahkan buat ketiga-ketiga pembantu rumah beliau ini sekaligus membuatkan para netizen teruja serta meluahkan hasrat untuk menjadi pembantu rumah agar dapat menikmati kelebihan yang sama.

Sumber: TikTok @farahwen
Sumber: TikTok @farahwen
Sumber: TikTok @farahwen

Sementara itu, terdapat juga netizen yang tertanya-tanya siapakah usahawan ini dan bagaimana beliau mampu bergelar jutawan pada usia yang muda.