Pembantu rumah merupakan salah satu tawaran kerja yang masih tersedia di Malaysia. Kebiasannya mereka akan ditawarkan upah atau gaji sekitar RM1,500 hingga ke RM1,800 mengikut kemahiran masing-masing.
Namun baru-baru ini seorang wanita tempatan telah mengejutkan orang ramai apabila dia hanya sanggup membayar RM800 untuk individu melakukan tugasan di rumahnya.
Warganet benar-benar terkejut dengan tawaran kerja yang dibuat oleh wanita terbabit. Difahamkan dia sedang mencari pembantu rumah untuk berkerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, lima hari seminggu, semuanya dengan bayaran yang tidak seberapa iaitu RM800 sebulan.
“Salam semua, saya sedang mencari pembantu rumah yang boleh berkerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat, dengan gaji bulanan RM800,” kongsi status wanita itu.
Hantaran starus wanita telah tular di sebuah grup FB yang mana membangkitkan kemarahan netizen yang mana berpendapat ia sesuatu penawaran yang tidak rasional.
“Dari pukul 9 pagi sampai 6 petang, RM800 sebulan, adakah anda sendiri akan ambil mengambil tawaran ini?,” soal seorang netizen.
“Gaji pekerja asing semuanya melebihi RM1,500. Anda hanya tawarkan RM800 sahaja?? Siapa yang mahu berkerja?,” tanya seorang netizen lain.
“RM800, baik suruh mak mertua awak buat sahaja,” komen sinis seorang netizen lagi.
Malah, ada netizen berseloroh meminta wanita itu untuk berkerja di bawah mereka dengan upah yang sedikit tinggi berbanding yang ditawarkan di dalam hantaran status itu.