Sekiranya anda masih ingat pada awal tahun ini, tular mengenai seorang pemuda yang menjual pisang goreng Cheese di Melaka selepas video beliau yang menyebut ‘biasa, maksudnya’ disukai ramai khususnya kaum hawa.
Impak penularan video tersebut telah membuatkan kedai beliau diserbu ramai sehinggakan para pelanggan terpaksa menunggu sehingga berjam-jam demi mencuba pisang goreng Bananadibs.
@bananadibs Bestnya jadi abang kebab β¦
Usahawan ini turut melebarkan sayap dengan membuka gerai Bananadibs di Melaka dalam memudahkan orang ramai sekitar kawasan tersebut mencubanya.
Walau bagaimanapun, siapa sangka usahawan ini mendakwa kedainya di Melaka telah disihir menurut seorang ustaz yang membuatkan kedainya sering dilihat tutup.
Beliau mendedahkan penjualan pisang goreng di kedainya mengalami penurunan jualan yang sangat teruk di mana kedai tersebut sekadar berjaya menjual 6 kotak pisang goreng sepanjang 8 jam beroperasi.
Mengalami kerugian yang banyak serta terpaksa menanggung kos operasi melibatkan 5 orang pekerja, usahawan ini memilih terus menutup cawangan Bananadibs di Melaka.
Lahhhh kau kene terima yang zaman viral kau dah habis sebenarnya….xleh nak salahkan orang hantar2 sihir ke apa jugak…lagipon product dia pon abundant…merata2 orang buat…not that special….he selling his "face" je sebenarnya…..benda2 viral kejap je
— Karipap_Frozen (@jdzakaria) December 20, 2023
Ingatkan takde customer sebab benda viral-viral ni tak tahan lama. Mcm goreng pisang, masa panas-panas semua berebut dah sejuk semua tengok je.. https://t.co/trqX7On3pY
— Kipas (@CT_Voter) December 20, 2023
Patutla sia cam hilang dari socmed ek tetibe https://t.co/4fj3Tg2oXH
— DEA π΅πΈπ²πΎ (@dearsln) December 20, 2023
Menerusi perkongsian yang dibuat, terdapat netizen yang berpendapat zaman viral melibatkan pisang goreng cheese sudahpun tamat membuatkan orang ramai tidak lagi mencarinya.
Selain itu, terdapat juga netizen yang mulai faham tindakan usahawan ini yang dilihat tidak lagi berada di media sosial dalam mempromosikan pisang gorengnya.