Baru-baru ini, sebuah video temubual yang dikongsikan kembali pengguna TikTok telah tular di media sosial di mana memaparkan seorang wanita bernama Kati dari Romania yang kini menetap di Malaysia.

Menerusi video terbabit, Kati memberitahu bahawa dia datang ke Malaysia pada tahun 2012 tanpa rancangan jangka panjang dan selepas 11 tahun, dia masih berada di sini.

Baca Juga:

@tunmikael

♬ original sound – tunmikael – tunmikael

Malah, dia juga mengatakan bahawa sebagai warga asing, dia tidak mengalami kesukaran untuk berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan topik yang mendekatkan dirinya dengan masyarakat tempatan adalah makanan.

Tambahnya, dia juga mempunyai banyak rakan-rakan berbilang kaum di Malaysia dan pada awal kedatangan ke Malaysia, dia menghadapi kesukaran memahami bahasa Inggeris tempatan.

Kini, dia sangat selesa dan gembira tinggal di Malaysia bersama keluarganya serta mengatakan anak-anaknya bertuah kerana dilahirkan di Malaysia kerana dapat merasai pengalaman berharga di sini lebih awal.

Video temubual tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji wanita terbabit kerana dia menghormati budaya serta memerhati gaya hidup rakyat Malaysia dengan baik.

Bukan itu sahaja, para netizen turut bersetuju dengan wanita terbabit bahawa mereka yang bekerja memberikan perkhidmatan kepada pelanggan boleh mempertingkatkan lagi skil mereka untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

Bagi anda yang mahu tonton video temubual penuh boleh lihat di bawah ini: