Sebagai seorang wanita yang telah beberapa kali travel solo di India (Kochi, Kollam, Alleppey, Goa, Mumbai, Jodhpur, Jaipur, Udaipur, Agra, Delhi & Hyderabad), saya terpanggil untuk berkongsi sedikit tips terutamanya kepada wanita yang travel ke sana. Hope it helps!

1. Senyum.

Tiada apa pun dapat membantu anda kalau buat muka sombong. Mungkin ada yang fikir kena buat muka sombong agar tiada gangguan nakal daripada orang sekeliling.

Ada yang fikir kalau senyum akan memberi peluang atau “mengundang” tapi kalau pergi tempat orang dan sombong, orang pun menyampah.

Tidak perlu takut tegur orang di sana sama ada lelaki atau wanita tetapi sentiasalah berhati-hati.

Lebih disarankan tegur keluarga daripada tegur seorang lelaki dan adalah normal jika tiba-tiba anda dikerumuni walaupun pada mulanya anda hanya bertanya satu orang. Alahai baiknya semua orang ikhlas mahu tolong.

2. Jangan hiraukan pandangan orang sekeliling.

Anda mahu buat apa sahaja pasti akan ada yang memerhatikan tetapi selalunya ia hanya sekadar pandangan, nothing beyond that.

Jika rasa terganggu, anda ada pilihan untuk tidak menghiraukan pandangan tersebut & just leave the situation. Ignorance is bliss, remember?

3. Sabar.

Tiada istilah beratur di India. Memang tiada terutamanya kalau anda hanyalah Si Pindik yang adakalanya kelibat anda tidak dirasai kerana di bawah paras mata (eye level).

Tetapi andai anda mempunyai kekangan masa, tegur secara berhemah seperti “Excuse me, I am running out of time. Would you mind to move behind?”

Senyum dan bukan buat muka mahu cari gaduh.

4. Bayaran tuk tuk.

Memandangkan kulit dan hidung orang Malaysia berbeza dengan orang di sana maka amat nyata jangan berangan mahu dapat harga murah sewaktu menaiki tuk tuk.

Antara boleh dilakukan adalah menawar sehabis mungkin. Sebelum ke destinasi, tanya receptionist kadar bayaran untuk anggaran.

Dan sekiranya anda merasakan kadar diberikan terlalu tinggi, cuba untuk tawar menawar atau gunakan ayat pick up line paling berkesan iaitu “Nevermind, I think it’s too expensive beyond my budget. I’ll try to ask around”.

Selalunya peratusan anda akan dapati harga yang anda tawarkan meningkat selepas anda mengeluarkan pick up line ini.

5. Kereta api India.

Wajib cuba kelas paling standard – free seating (kalau bernasib baik dapat duduk di kerusi) & tiada penyaman udara.

Di situ anda dapat lihat ragam manusia. Ada bergaduh berebut tempat duduk, ada panjat tempat simpan beg di atas dan tidur, ada tiba-tiba tidur di kaki, ada tiba-tiba kejutkan anda dari tidur kerana dia warga emas dan merasakan lebih layak duduk di kerusi daripada membiarkan anda enak dibuai mimpi.

Salah satu cara untuk rasa selamat, cari tempat berdekatan dengan keluarga. Dari segi tiket boleh tempah online (Indian Railway – https://www.irctc.co.in) tetapi saya belum pernah cuba kerana ada prosedur.

Lagipun selalunya saya tidak stick kepada itinerari jadi lebih selesa untuk redha dan redah.

India ada menyediakan kuota pelancong (foreign tourist quota) di stesen tertentu tetapi ada juga masa tiket habis dan terpaksa merayau sambil rasa hopeless,  mahu menangis sebab tidak tahu mana mahu cari bas pergi Agra.

tip-wanita-travel-solo-di-india-1
Kawan pertama saya di India sewaktu dalam perjalanan kereta api dari Trichy ke Kollam yang mengambil masa 12 jam.
tip-wanita-travel-solo-di-india-2
No seat, no problem.
tip-wanita-travel-solo-di-india-3
Suasana di gerabak kereta api kelas ketiga. Free seating.

tip-wanita-travel-solo-di-india-4

tip-wanita-travel-solo-di-india-5

tip-wanita-travel-solo-di-india-6

tip-wanita-travel-solo-di-india-7
Kerala, South India
tip-wanita-travel-solo-di-india-8
Alleppey, South India.

6. Kawan baru.

Buat kawan baru di India dan boleh dapat local rate dengan minta kawan anda belikan tiket.

Saya dapat harga hampir setengah harga yang ditawarkan selepas saya mohon bantuan seorang solo traveller India untuk membeli tiket bas ke Agra.

7. Tinggal di homestay. 

Sewaktu di India saya beberapa kali tinggal di rumah orang (homestay) berbanding hostel. Cara ini membolehkan saya rasa masakan original India yang lebih sedap.

Bab ini memerlukan sedikit research melalui Trip Advisor supaya dapat host yang menyenangkan hati.

Sekiranya menaiki tuk tuk pada waktu malam dan berasa kurang selamat, dinasihatkan membuat panggilan dan bagi pemandu tuk tuk bercakap dengan host anda.

Secara tidak langsung pemandu tahu bahawa kepulangan anda dinanti. Ada masa juga saya sengaja tidak roaming atau beli simkad sebab mahu disconnect dari panggilan dan to connect dengan diri sendiri.

Jadi saya pura-pura sedang bercakap telefon konon maklumkan kepada host sambil bagitahu nombor tuk tuk.

Sebelum naik tuk tuk pun saya selalu ambil gambar untuk acah-acah takutkan pemandu.

8. Sleeper bus.

Satu benda yang buat saya tidak kisah dengan jarak perjalanan di India adalah walaupun keadaan bas adakalanya kurang meyakinkan dan tiada penyaman udara tetapi ada katil tidur atau sleeper bus.

Harga bergantung kepada bajet dan pilihan masing-masing. You get what you paid. Anda juga dapat jimat penginapan satu malam jika mengambil sleeper bus & kereta api pada waktu malam.

9. Jangan letak harapan tinggi.

Dari trafik, hon tanpa henti, kesesakan manusia, keadaan sekeliling berhabuk dicampur bau kencing merata-rata atau tayangan percuma orang kencing tepi jalan dan macam-macam lagi.

Ada masa anda mungkin bersumpah tidak mahu datang ke India lagi. Tetapi di akhirnya pasti anda akan terasa mahu ke India lagi walau seberapa banyak kali anda ditolak-tolak sewaktu beratur, ditipu sehingga poket rabak, dimarah-marah budak kecil (pengemis) sebab tidak layan permintaan mereka, makcik tetiba marah sebab anda tidak faham apa dia membebel, bas yang tiba-tiba dibatalkan perjalanan konon ada kemalangan jadi anda kena beli tiket baru yang berganda mahal dan macam-macam hal lagi yang buat anda rasa fucked up.

10. Keselamatan solo female traveller.

Kalau ditanya bagaimana menjaga diri di sana jujur saya katakan sama sahaja cara saya menjaga diri di negara lain semasa travel secara solo.

Pandai-pandailah membawa diri walau di mana saja anda berada dan jangan selalu buat kesimpulan sendiri serta menjadi seorang yang judgemental.

Agak tidak adil kalau secara spesifik tertumpu kepada India kerana di Malaysia sekalipun malapetaka boleh berlaku.

11. Alat perlindungan diri.

Secara ringkas, saya ada membawa pepper spray tetapi tidak pernah guna, penyendal pintu (door stopper) sekiranya tidak tinggal di hostel, mengaku sudah berkahwin sambil menyatakan bahawa suami sedang menunggu di hotel (elakkan mengaku anda sedang travel secara solo), sembunyi duit dalam stoking dan selit dalam bra (JANGAN GELAK), berpakaian simple & sopan, pakai rantai & gantung wisel, percaya kepada gerak hati sendiri dan paling penting, restu ibu & keluarga walaupun kadang-kadang beberapa minit sebelum berlepas terbang baru bagitahu.

12. India is beyond statement.

For anything you say, the opposite is also true and there is always something about India that keeps me coming back.

There is no surer way to find out whether it is dangerous or safe than to travel there.

Sometimes, it’s not about the destination but it’s about the journey, the people, the food, the self-discovery, the survival and the appreciation of life.

tip-wanita-travel-solo-di-india-9
Fort Kochi, Kochi
tip-wanita-travel-solo-di-india-12
Golconda Fort, Hyderabad
tip-wanita-travel-solo-di-india-10
Charminar, Hyderabad
tip-wanita-travel-solo-di-india-13
Bom Jesus Balisica, Goa
tip-wanita-travel-solo-di-india-15
The Taj Mahal Palace Hotel, Mumbai
tip-wanita-travel-solo-di-india-14
Gateway of India, Mumbai
tip-wanita-travel-solo-di-india-17
Chhatrapati Shivaji Terminus, Mumbai
tip-wanita-travel-solo-di-india-22
Taj Mahal, Agra

tip-wanita-travel-solo-di-india-18 tip-wanita-travel-solo-di-india-19 tip-wanita-travel-solo-di-india-20 tip-wanita-travel-solo-di-india-21 tip-wanita-travel-solo-di-india-23

Hope this helps and happy travelling!