Dapat bercuti di pantai yang bersih dengan pasir yang memutih sememangnya best. Apatah lagi dengan tiupan angin laut yang menderu sambil mendengar deburan ombak menghempas pantai pasti boleh buat diri terasa segar.

Disebabkan ini, ada pengembara yang menjadikan pantai sebagai lokasi pilihan untuk mereka mengembara sambil merehatkan minda, berikut kami bawakan 12 pantai yang mesti anda kunjungi jika anda berpeluang travel ke negara berikut:

1. Whitehaven Beach, Australia

12-pantai-mesti-dikunjungi-1

12-pantai-mesti-dikunjungi-2

Pantai sepanjang 7 km ini terletak di Whitsunday Island. Ia terkenal dengan pasir yang sangat putih yang mana 98% daripadanya terdiri daripada silika tulen. Bayangkan anda berendam di tepi pantai tanpa ombak. Rasa macam terapung dalam kolam, tapi sebenarnya di tepi pantai. Fuh!

2. Pink Sands, Bahamas

12-pantai-mesti-dikunjungi-3

12-pantai-mesti-dikunjungi-4

Harbour Island adalah salah satu tempat yang paling menarik di Bahamas. Jika ke sini anda akan disambut oleh pantai dan pasir berwarna merah jambu yang terhasil daripada zarah kecil daripada cengkerang foraminifera. Ianya adalah organisma unisel yang hidup di bahagian bawah karang, di bawah batu, dan di dalam gua dasar laut di sekitar pantai ini.

3. Playa del Amor (Lover’s Beach), Marietas Islands, Mexico

12-pantai-mesti-dikunjungi-6

12-pantai-mesti-dikunjungi-7

Jika tidak kerana bunyi ombak yang menghempas pantainya, agak sukar untuk mereka yang berkunjung ke sini untuk menemui pantai ini. Playa del Amor terletak hanya beberapa meter dari Kepulauan Marietas.

Namun hanya sedikit pelancong yang dapat sampai ke pantai ini dan ini menjadikan ia menarik untuk mereka yang inginkan privasi.

4. Navagio Beach, Greece

12-pantai-mesti-dikunjungi-9

12-pantai-mesti-dikunjungi-10

Zakynthos di Greece adalah salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi. Di gambar di atas anda dapat lihat bangkai kapal karam yang satu ketika dulu penuh dengan barang seludup telah terdampar di sini. Kapal tersebut kekal di pinggir pantai yang berpasir putih dan menjadi salah satu tarikan di sini.

5. Ipanema, Brazil

12-pantai-mesti-dikunjungi-12

12-pantai-mesti-dikunjungi-13

Jika ke Rio de Janeiro, jangan lupa untuk singgah di pantai Ipanema. Pantai Ipenama merupakan salah satu daripada 23 pantai yang terdapat di negara ini.

Ipanema dianggap sebagai pantai paling terkenal dan menjadi kegemaran penduduk tempatan kerana lokasinya yang berhampiran dengan kawasan kejiranan mewah,.

Di sini anda boleh lihat para pengunjung bermain bola tampar pantai dan joging di pantai sepanjang hari. Dalam erti kata lain, datanglah ke Ipanema untuk melihat dan dilihat oleh orang lain.

6. Maho Beach, Saint Martin

12-pantai-mesti-dikunjungi-15

12-pantai-mesti-dikunjungi-16

Pantai Maho dikunjungi bukan hanya kerana pantainya yang cantik, tapi juga kerana keunikan lain yang hanya terdapat di sini.

Terletak 300 km dari Puerto Rico, pantai ini menjadi lokasi paling dikunjungi bagi mereka yang ingin melihat kapal terbang berada 10 ke 20 meter dari atas kepala. Satu pengalaman yang agak merbahaya tapi semestinya menyeronokkan.

7. Glass Beach, California, USA

12-pantai-mesti-dikunjungi-18

12-pantai-mesti-dikunjungi-19

Siapa sangka pantai yang satu ketika dulu pernah menjadi lokasi pembuangan sampah di sekitar abad ke 20 kini telah bertukar menjadi lokasi yang unik.

Setelah diarahkan penutupannya oleh pihak berkuasa tempatan pada tahun 1967, dan setelah bertahun-tahun ditutup sehingga tiada lagi sampah di pantai ini. Sebaliknya ia telah dipenuhi dengan batu-batu dan kaca kecil yang sentiasa digilap oleh ombak, menjadikan ia salah satu pantai unik di dunia.

8. Bottom Bay, Barbados

12-pantai-mesti-dikunjungi-21

12-pantai-mesti-dikunjungi-22

Bottom Bay di Barbados ini memiliki pantai yang cantik sehingga negara ini menjadikan ia salah satu daripada simbol negara mereka.

9. Hyams Beach, Australia

12-pantai-mesti-dikunjungi-24

12-pantai-mesti-dikunjungi-25

Terletak 300 km daripada Sydney, apa yang menarik tentang pantai ini adalah pasirnya yang berbentuk seperti whipped cream. Bagi penggemar kek pasti tahu bagaiman rupa whipped cream. Unik kan? Jadi jika anda berkunjung ke Sydney, jangan lupa singgah di pantai ini.

10. Vaadhoo Island, Maldives

12-pantai-mesti-dikunjungi-27

12-pantai-mesti-dikunjungi-28

Kehadiran plankton di pantai ini menjadikan ia unik dan lain daripada yang lain. Jika selalunya kita melihat bintang di langit, kali ini organisma kecil yang terdapat di pantai ini menjadikan seolah kita melihat bintang di tepi pantai.

11. Grace Bay, Turks and Caicos Islands

12-pantai-mesti-dikunjungi-30

12-pantai-mesti-dikunjungi-31

Grace Bay telah beberapa kali dianugerah sebagai antara pantai tercantik di dunia. Pasirnya yang halus dan putih, disertai dengan pemandangan yang cantik menyebabkan pantai ini sentiasa menjadi pilihan para pelancong.

12. Seagaia Ocean Dome, Japan

12-pantai-mesti-dikunjungi-33

12-pantai-mesti-dikunjungi-34

Okey, yang ini memang lain. Jepun telah berjaya membina pantai tiruan di tengah bandar. Pantai dengan pasir yang putih, lautan dengan ombak palsu untuk para surfer, siap dengan permainan, kolam renang dengan urutan hidro dan spa serta tumbuh-tumbuhan tropika – semua ini telah dicipta untuk mereka yang ingin merehatkan minda dan beriadah tanpa perlu pergi jauh daripada kota ini.

Jika anda berkunjung ke Jepun, mungkin boleh cuba singgah untuk melihat pantai buatan manusia ini.

Baca lagi: 10 Lokasi Percutian Pantai Tercantik Di Malaysia. Bersih Dan Jernih Dari Yang Lain!

Sumber