Tular berita mengenai jenama coklat terkenal, KitKat menjadi mangsa kecurian berskala besar baru-baru ini.

Sehubungan itu, KitKat telah memuat naik kenyataan rasmi berhubung berita yang tersebar di media sosial.

Baca Juga:

Menerusi kenyataan rasmi, pihaknya mengakui kejadian yang berlaku tersebut.

“Kami mengesahkan bahawa 12 tan produk KitKat telah dicuri ketika dalam perjalanan di antara kilang kami di Tengah Itali menuju ke destinasinya di Poland,” petik kenyataan rasmi.

Menurut KitKat, pihaknya sedang berusaha mengenal pasti punca kejadian yang berlaku.

Pada masa sama KitKat menenangkan peminat coklat mereka di mana stok bekalan produk ‘tidak putus’.

“Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan rakan rangkaian bekalan untuk menjalankan siasatan.

“Berita baiknya: tiada kebimbangan mengenai keselamatan pengguna, dan bekalan produk tidak terjejas. Terima kasih,” kata KitKat.

Sumber